satu hari ku berjalan seorg diri
didalam keheningan malam,
mengatur langkah ku,
sambil tangan masuk poket,
mulut kunyah chewing gum,
pakai baju lee cooper,
kasut eco limtd
aku berbangga
ceh, mesti ar org pandang gila kat aku.
baju mahal,
jalan stylo sambil kunyah chewing gum
memang macho habis la.
berbangga dengan diri skejap,
dengan rambut sikat kemas,
seorg kanak-kanak menghampiri diriku,
memakai baju koyak rabak,
dengan muka penuh parut,
bau badannya masyallah,
tak terkata
menghulur tangan meminta sedekah,
dngan muka comel yang disisipkan mata yang sayu dan kelaparan.
menghulur tangan
memegang baju ku,
tarik tarik,
"ashan allah , ashan allah"
(kerana allah , kerana allah)
la' la' rouh rouh ana mafi fulus rouh
(tak tak , pegi pegi aku takde duit, pegi )
"ashan allah ya sidi, ashan allah"
(kerana allah sahabatku, kerana allah)
"aaaah, rouh rouh, bus bus, rouh"
(aaah, pegi pegi , dah la tu, dah , pegi)
si cilik itu pon pergi dengan kecewa,
jauh dari pandangan, dan masuk kedalam kedai
dah masuk kedai, dihambat keluar plak dengan si tuan kedai,
keluarnya berlari ketakutan, memeluk adiknya yang kecil di luar,
aku rasa bersalah,
asal la aku kedekut sangat, budak kecik je pon,
duit elaun biasiswa berlambak,
beli itu beli ini boleyh,
nak bagi sedekah sikit
kedekut nak mampus.
aku terdiam
berhenti melihat kerenah anak-anak itu,
sayu ku rasa,
ku menghampiri nya, tangan ku menyeluk poket dan memberi nya apa yang ada,
tak banyak , tapi cukuplah sekadar lepas makan malam.
ku teruskan melangkah ke rumah.
di depan rumah ku,
ade pula si tua yang menyelongkar tong sampah.
aku diamkan sahaja
nak bagi duit
da habis tadi,
tinggal duit besar je
buat bodoh jerla.
aku lihat,
beliau mencari cari botol plastik ,
dijumpanya satu, buka penutup jilat titisan akhir air yang ada,
oh sayu lagi sekali.
aku terus ke kedai yang berhampiran,
beli satu tin pepsi dan memberikannya kepada si pencari sampah tadi.
melihat nya tersenyum, memberi ku satu kepuasan.
terus aku balik kerumah.
selepas kejadian itu aku mendapat satu idea,
jika ku membeli air botol,
akan ku minum setengah dan buangnye kedalam tong smpah yang sama.
sekurang-kurangnya, dapat la beliau merasa sebahagian nikmat yang dikurniakan kepada ku.
kenapa aku post macam emo semacam nie?
saje..
aku nak kongsi,
nak bagi sedar.
tahukah kalian yang kita begitu bernasib baik dibandingkan dengan mereka?
aku tau, kalau korg nak bagi sedekah tu korg mesti fikir dua kali,
aish,
nanti kang aku bagi dye beli benda tak berpekdah karang, buat rugi aku jer
baik guna beli nota fotostat.
tapi betol ke beli nota fotostat?
ke beli baju zaraa, sampai beratus ringgit,
pegi snooker sampai awal pagi?
hulurkan la sedikit kat mereka,
ye memang benar, meminta sedekah itu adalah haram dari segi agama, selagi beliau boleyh berusaha.
dan kita pula ketakutan jikalau duit itu disalah guna.
tapi bagi aku,
niat ku hendak menolong, mesti ade sebab lah kenapa dye minta sedekah,
mungkin da minta kerja tak dapat?
haa optimistic sikit.
duit yang kita bagi atas niat bersedekah,
apa yang dia nak lakukan dengan duit tu antara dia dan yang maha esa.
wallahualam, ini sekadar pendapat aku yang hina
ps: gua tak pegi kelas harini bangun lewat. hahaha sorry rakyat malaysia sebab salah guna duit korg hahahaha...
till we meet again.. [-_-]
Op uLyA aQaMaH BiN Op HuSaMuDiN