salam,
alhamdulillah, im back to the usual me, i think i am ready to face the fact and go through with life. obstacles may be as high as the mountains, but the higher the obstacles are, the higher your achievement will be, thats what i stand for.
____________________________________________________________
ok,
sbenanye, aku post ni nak kongsi pendapat sikit pasal rancangan-rancangan television , more precisely , talk shows di malaysia.
kalau aku boleh klasifikasikan , aku rasa talk shows kat malaysia ni ada 3 kategori.
1. ENTERTAINMENT
2.NEWS
3.AGAMA.
____________________________________________________________________
RANCANGAN HIBURAN
bagi aku talk shows di malaysia masih belum mencapai satu tahap pemikiran kelas pertama, satu tahap pemikiran rakyat yang maju.
aku suka dengan konsep talk shows yang bertemakan keagamaan, aku sokong adanye talkshows yang menyampaikan berita, dan aku rasa boleh go la dengan adanya talk shows berkaitan entertainment. tapi aku rasa kita masih tak cukup. kita takde talk show yang membuka minda dengan lebih luas, yang membuka persepsi masyarakat yang membawa persefahaman kepada satu negara.
bile aku tengok balik, kebanyakkan talk show kita ni berkaitan dengan artis artis tempatan. asik panggil artis, asik tanya pasal dunia hiburan, asik release info pasal dunia hiburan. bila buat iklan pon, tagline atau kata penarik diorang semua
"ketahui isu isu hangat dunia hiburan negara".
baik, bukan aku nak sekat, bukan aku nak tolak jauh jauh, aku hormat pandangan dan keputusan sesetengah orang, baik, teruskan menonton.
TAPI KENAPA SEMUA TALKSHOW MESTI PASAL ARTIS? ASIK PASAL LISA SURIHANI , FARID KAMIL, ERRA FAZIRA, YUSRY KRU.
cukup la satu dua rancangan pasal ni. itu pendapat aku.
_____________________________________________________________
RANCANGAN INFORMASI
rancangan talk show yang berintikan informasi juga membawa kebaikan kepada kita semua, malahan rancangan sebegini sangat diperlukan di serata dunia.
aku tak boleh nak komen banyak pasal ni sebab, tujuan rancangan ini untuk menyampaikan berita dan achievement oleh masyarakat kita.
namun bagi aku, kualiti informasi yang kita sampaikan perlu lebih berkualiti, bukan lagi berkaitan dengan isu kecil, bukan lagi berkaitan isu yang minor.
bukan lagi berita mengenai gelang yang mampu mengubat pelbagai penyakit. kita perlu lebih matang.
_____________________________________________________________
RANCANGAN AGAMA
bila aku cakap macam ni, ada yang kata, kita ada medium dakwah, kita ada talkshow berkaitan agama. kita ada sesi tazkirah, dimana ustaz-ustaz hebat dijemput untuk menyampaikan fikrah.
baik. aku setuju.
bagi aku, ini satu usaha yang bagus, namun... bukan ke lagi baik, kalau kita adakan juga talkshow yang kelihatan membuka dunia luar kepada persefahaman kita juga. dimana semua agama, semua bangsa, semua kaum dapat memahami isu dan mencapai satu kesefahaman.
bukan, bukan maksud aku talk show bertema agama islam ini tak bagus. sebaliknya, rancangan itu satu kejayaan yang patut kita banggakan, kerana kita mampu menyampaikan dakwah dengan medium media massa yang jelas kuat pengaruhnya.
tetapi, kalau kita lihat kembali, adakah non muslim dalam negara akan tonton rancangan sebegini, sebabnya the appeal is towards the muslim society. benar? jadi kita hanya boleh selesaikan masalah dalam masyarakat yang beragama islam sahaja.
aku rasa sudah tiba masanya kita adakan talkshows yang membincangkan hal hal perpaduan, hal perkauman, yang membincangkan isu isu dan masalah-masalah secara sosial yang kita ada sekarang dan berikan pandangan dari pelbagai segi, supaya masyarakat mencapai satu persefahaman.
kita ambil peluang ini untuk menunjukkan ajaran islam yang sebenar. bukan yang orang selalu stereotype kan. kita perlu memberi satu didikan supaya rakyat kita belajar untuk memahami agama kita dengan lebih baik, betapa lembut dan cantiknya ajaran kita, dan kita perlu belajar menghormati agama dan budaya kaum lain supaya negara kita dapat dipacu dengan harmoni.
___________________________________________________________________
KONKLUSI
secara konklusinya ini yang aku rasa tindakan yang perlu dilakukan,
1. kurangkan talk show berkaitan dunia hiburan.
2. increase the quality of the information yang disampaikan melalui rancangan telivision.
3. mempergiatkan rancangan berkaitan Agama Islam, pada masa yang sama, kita juga adakan rancangan yang boleh appeal kepada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
antara contoh rancangan yang bagi aku bagus, seperti THE OPRAH WINFREY SHOW, THE TYRA BANKS SHOW. ini salah satu clip dari "the TYRA BANKS SHOW" berkaitan isu perkauman:
ini cara mereka, kita guna cara kita, selitkan unsur islam dan ketimuran.
bagi aku , masalah kita sekarang ni, sebab semua tak paham
cina india kata orang islam extremist, kata orang islam ni teruk, tapi diorg tak tahu pun apa itu islam sebenarnya.
orang islam pula dok merendah-rendahkan bangsa lain, tanpa mengetahui kesukaran yang diorang hadapi. kalau kita faham antara satu sama lain enshaALLAH negara pasti takkan tergugat.
jadi siapa yang perlu ambil tindakan? KITA GENERASI YANG AKAN DATANG. insyaALLAH.
ps: aku tak tau la plak kalau ada rancangan yang dah utarakan benda macam ni, kalau ada sila bagitau .
ps2: kami sedang dalam fatrah exam , sila doakan kami semua.
ps3: sbenarnya nak dengar jugak pandangan orang lain berdasarkan pos ni . kita kenali renifikasi tindakan sebegini.
PSX: AKU GUNAKAN PERKATAAN ISLAM SEBAGAI MEWAKILI ORANG MELAYU, SEBAB AKU RASA ITU ISU YANG BERKAIT RAPAT DENGAN KITA.
ok, nak sambung study,
ASSALAMUALAIKUM.