Monday, April 25, 2011

~Pilihan Raya PERMAI~


salam,

beberapa hari lepas,
aku baru nampak nama aku tersenarai sebagai calon AMT Permai.

aku memang tak sangka ada juga orang beri kepercayaan kepada aku.

asalnya aku ingatkan nak tolak pencalonan, tapi setelah dinasihati beberapa orang rakan, aku buat keputusan untuk berani dan berserah segalaNYA kepada ALLAH.

aku tahu, ada yang risau akan pelajaran aku sekiranya aku terus dengan hasrat aku.
tapi insyaALLAH aku akan buat yang sehabis baik SEKIRANYA aku terpilih.

bagi aku, pelajaran dan tanggungjawab persatuan tidak patut wujudnye satu pertembungan ,
tahun lepas, waktu pelajaran aku jatuh pon, aku sedia berkata, bukan kerana persatuan, tapi kerana diri aku sendiri waktu itu ada masalah dalam menerima dan menyesuaikan diri di Jordan.

aku cukup tak suka waktu tu . memang nak rebel je dalam hati. tapi takpe lepas beberapa lama, alhamdulillah aku dah menyesuaikan diri malahan menyintai tanah anbiya ini. tidak lupa juga, berkat pertolongan kawan-kawan alhamdulillah pelajaran aku pada tahun ini cukup stabil.

lepas tercalon, satu hari aku duduk berfikir.

agaknya kenapa orang nak calonkan aku. mahukan perubahan? itu perkara utama yang dikatakan.

insyaALLAH kalau aku terpilih, aku akan cuba membawa satu transisi kedalam masyarakat PERMAI kita.

TAPI!

kalian harus sedar, yang jawatan President PERMAI tidak sesuai dengan aku. aku masih belum bersedia, dan sekiranya ada orang mencadangkan aku sebagai President pon, aku taknak kerana president itu berat tugasnya.

kalau benar-benar nak undi, bagi AMT pon cukup,tapi kalau takdapat AMT pon , aku tak kesah sebab ada macam-macam cara kita boleh tolong Persatuan. bukan sahaja dengan memegang pangkat.

hakikatnya

"hebatnya sesuatu persatuan bukan kerana President mahupun Kepimpinan sahaja, tapi kerana sokongan dan idea dari masyarakat setempat"

~Apa-apa pon yang terjadi , aku yakin adalah yang terbaik di sisi ALLAH.~

___________________________________________________________________

disini aku juga nak mencadangkan beberapa orang yang aku rasa sangat cantik kalau menerajui pimpinan PERMAI.

kalau nama yang takde tu, bukan tak suka, harap paham.

syabab:
1.Wan Muhammad Najib
2.Hidayat Hasni
3. Sahel Nordin
4. Izaan Azlan
5. Hatta Razian

aku tulis macam ni je, tulis lebih2 nanti orang kata nampak berat sebelah.

ini pandangan aku, kalau mereka naik bagus, kalau tidak takpe. yang lain pun cukup berkaliber dan pasti elok juga, kalau tidak takkan tercalon ye dak? apa-apa pun yang terjadi adalah yang terbaik dariNYA.

ramai tanya status aku macam mana?

nak ke tak nak?

jawapan aku ,

tak kesah , takde rasa nak sangat, dan takde rasa tak nak sangat. kalau diberi amanah akan aku jalankan sebaik mungkin, mendengar suara masyarakat dan lakukan apa yang terbaik mengikut perbincangan. insyallah. kalau tak dapat takpa, aku masih aku, Ulya yang dulu dan tetap akan cuba menolong persatuan dalam apa cara sekali pun..

CUMA PERINGATAN SEWAKTU BERKEMPEN,

sila jaga hati kawan-kawan.

mudah .

tak suka diam, suka pun diam. jangan sibuk nak pilih calon idaman, kawan-kawan kita ada yang terasa hati .

wallahualam..

5 comments:

shena said...

' insyaALLAH aku akan buat yang sehabis baik SEKIRANYA aku terpilih'

ok,relieved tgk ayat ni.

bila tuan badan sendiri yg berkata macam ni,makin bertambah keyakinan kitaorg.ensyallah kheir tahun dpn.

**nk minta tlg promosi kat akhwt ok je.ciput sedia je kot bekerja.haha

Najib Daud said...

good luck akhi!

Anonymous said...

go ulya :)

riff rahim said...

good luck ulya. Allah ma3k.

ainshams said...

selamat bertanding :)
http://mataamatberharga.blogspot.com/2011/04/exam-oh-exam.html