Thursday, January 14, 2010

~a thing to look at~


assalamualaikum dear readers,
well we meet again,

today i will be blogging in both malay and english since i could see that
since i kept blogging in english no one seems to read my blog. hahahaha

so here it is.

korg ingat tak issue yang aku bangkitkan kat post sebelum nie?
post yang pasal penggunaan kalimah ALLAH oleh org bkn muslim?

haaa. ok arini aku nak bawak korg lihat sesuatu yang aku agak terkilan dengan masyarakat
islam di malaysia itu sendiri, sebelum aku teruskan tgk video nie:

* peringatan video agak membosankan tapi yang bosan nie la realiti hidup, disyorkan bawak kopok sambil menonton video nie.



video nie aku dapat dari seorg member aku yang skang blaja kat france,
dye sorg christian malaysia yang juga giat mengikuti perkembangan issue nie.
dia kata dye paham kenapa kita mempertahankan sangat kalimah ALLAH tu,
especially benda tu menyentuh sensitivity masyarakat islam malaysia kan.
tapi dye ade bagi aku satu persoalan,
kalau tak suka perlu ke sampai membakar gereja2 diorg?

aku pon musykil gak la.. asal la kite nak protes sampai membakar2 tmpt ibadat diorg,
kalaupun diorg salah perlukah bertindak sedemikian.
wallahualam la, ade yang cakap nie diorg pnye planning, diorg bkr sendiri pastu tuduh org islam.

tak kesah la apa pon. aku cme harap kalau la ni keja org kite,
jangan la sampai camni skali.. tak elok dipandang.
last2 kite yang nampak bodo. bkn stakat rakyat malaysia, satu dunia.
secara tak langsung or deduce

islam = terrorists

agak tak cantik la kan.

pastu kite tgk plak juru cakap dari pihak islam dalam video nie.
beliau sekadar membaca text tanpa menyampaikan hujah2 yang kukuh.
tolong la,
bkn susah sangat nak masukkan nilai2 hak ape semua
sepatutnya penyampaian beliau lebih mendalam dan menyentuh,
ni dengan cara yang begini menunjukkan lagi kelemahan kita

harap-harap satu hari nanti ade la diantara kita yang dapat membetulkan keadaan
dengan hujah2 yang lebih detail dan menyentuh para pendengar dan penonton.
jika begini caranya,
memang musabah la kenapa kita kalah aritu,
detail yang tak menerangkan,
seperti memadamkan api dengan minyak
ibarat mencuba sesuatu yang sia2

da diberi peluang untuk menegakkan hak kita,
guna la sebaik mungkin mengapa diabaikan sedemikian rupa.

kalao korg tak pecaya betapa negatifnya impak ini kepada rakyat sedunia tengok saja la komen2 tentang video ini di link INI.

teruk bukan?
malu bukan?
tak puas hati bukan?

jadi ambil iktibar.


till we meet again.. [-_-]
Op uLyA aQaMaH BiN Op HuSaMuDiN




15 comments:

AWANGKU said...

menyampah sial ak tengok muslim representative dlm video nei...ntah ape2 die ckp...xmunasabah langsung

OREOO said...

aku terlelap tgk vid 2..
maafin gue..
*smbil menguap*

OREOO said...

tapii..
aku suka lagu kt blog ko nih..
aku kasik 10bintang..
tringn nk dengar ko nyanyi pulek..L :P

bawahbumi said...

thnx 4 da vdeo
tapi...
mcm da xde org lain j tuk
cnversation tuh,cmne nak yakinkan dunia..sedih btul T.T

Najib Daud said...

sy nk awak jadi penghujah hebat tuu!
bole ulya?

Maya Dealove said...

ptt pn org yg hujah tu mcm takde isi, sbb takde sbb nk hlg org bkn Islam gne kalimah Allah...
Bukan bermakna kita mnyokong Kristian, tp dorg pn pcaye kwujudan Allah, tp aqidah yg btentangan ngan konsep aqidah kter...

isu yg dperbesar2kan...
Byk lg isu akidah umat islam yg ptt kter pikir...

Tak phm btul la, tndakan yg mcm pendek akal bakar2 tmpt ibadat...

Org2 Msia, tlg r jgn malukan ngara...
haishhhh... malu ak...

[MH] said...

Salam warahmatullah.

Alhamdulillah alhamdulillah, masih ramai adik-adik sgt peka ttg isu ni.

Dan kita sgt kesal tentang tindakan2 orang kita di malaysia sana. Seharusnya semua ni diselesai dgn baik-baik. Lagi2 di malaysia bukan ada orang Islam sahaja.
Maka, timbul rs sedikit terkilan di situ.

Sudah tentu kita tak nak jadi orang yang sekadar melihat dan berkata-kata sahaja kan.

Insya Allah, masa depan nnt, pemimpin macam kita lah yang akan pegang negara, akan bawa Islam. Apa kata kita mempersiapkan diri bermula skrg.

Nak bina pemimpin masa depan tak cukup kalau sekadar makan masa setahun dua, kita mmg kena bersedia dr skrg pun.

Yang akan membawa dan menunjukkan Islam itu sgt cantik dan indah, adalah kita, pemuda-pemuda Islam

:)

Salam ziarah.
Nama kak, Fathiyyah
Dari Cairo :)

Anonymous said...

mcm bangang jer muslim representative tu....dah r bace teks....adoiyai....
baek bg ko ulya...

Op uLyA said...

to awang: agak ar.. haha tapi masalahnye takde org lain ke yang nak tampil ke hadapan. bile nak comment pasal artist ramai plak en yang boleh tampil. ntah ar. sangat memalukan.

to oreoo: ko memang.. ape yang tak boring tuk ko. hahaha pasal lagu tu. nanti ar aku balik aku buat album ek

to bawah bumi: agak ar..saya rasa, hujah beliau pon sangat pointless. takde asas langsung. macam nie dye secara tak langsung menunjukkan kite nie pentingkan diri.

to najib: awak juga la.. ape kate ko buang perkataan "awak" tu jadikan "kita" kan lebeyh cantik.:)

to maya dealove: yer saya paham ape yang cube enti sampaikan. memang la kalau kalimah allah tu semua org boleh guna. lagipun dekat india dan negara arab pon allah digunakan oleh org bkn islam. masalahnye sekarang adalah kita takut akan niat disebalik permintaan tu.. negara yang lain tu takpe la, memang dari dulu diorg guna. nie tiba tiba plak en. tapi agak tak munasabah la nak bom bom church ape semua. tak professional la. and the most important thing tu, betol la kata enti, kite pon masih banyak lagi masalah aqidah yang perlu kita baiki. jadi jom kite sama-sama ye..:)

to kak fathiyyah: salamalaik.. syukran kak , jauh dari tanah mesir sanggup membaca blog saya ini. :]
saya pon setuju dengan pendapat kakak.saya risau jika issue ini akan melarat sampai tercetusnye perpecahan rakyat. taknak la peristiwa 13 may berulang kembali benar... insyallah amin kak. kite diberi peluang utk mengambil alih pentadbiran malaysia nanti, insyallah kita ubah kepada yang lebih baik. kerana benar kita la pemuda-pemudi harapan bangsa.:]

to anonymous: siapakah? haha sape nie? anyway, thanx ar. tapi aku tak layak lagi kot.:)

Quantum Mechanic said...

they r choosing the wrong guy to represent the muslim people....
the vid don't show any true side about islam.....

to ulya gudluck for the Arab xm....
may Allah bless you

Little Miss Lily said...

kenapa perlu mereka itu semua mengperbesarkan isu ini sedangkan yag gebang2 tu belum tentu cukup amalannya.

it is like you hate people 'mengata' your parents but kau sendiri sebenarnya lupa tentang ibu bapa kau.(ini sebagai perumpamaan je)

yes i know they should not use the word Allah sebab kita pun tak guna nama 'jesus' tu sesuka hati.tapi aku tak rasa hal ini perlu di dibesarkan.emo lah diorang ni.cakap je lah elok elok.




pss!: err kau tak faham eh?takpelah :|
aku cakap kat lecturer pun lecturer aku x faham tsk!

Little Miss Lily said...

eh twit twit! aku tak cakap pasal all the comment-ers kat post kau nih.jangan ambush aku.aku cakap pasal orang orang di luar sana.
jangan salah anggap kat aku!

farah|adnan said...

thnx for the entry.At the very least, this video opened my eyes wider.
Iyelah, terkadang perkara macam ni, rasa tak nak ambil tahu sebab mungkin difikirkan perkara macam ni terlalu berat padahal kitalah yang kena fikirkan perkara ni kan? Terima kasih.

Hairan, dalam ramai Muslim Malaysia yang lebih fasih berbahasa Inggeris, lebih dalam ilmunya, lebih kuat hujahnya, lebih meyakinkan kata-katanya, lelaki tersebut yang terpilih? Banyak yang boleh kita semua fikirkan kan?

Anonymous said...

salam,,good job ulya,,:)
masalah aqidah uh mmg la x dpt dinafikan,,,masing2 kene la bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan keluarga untuk memperbaikinye,,tp bab nama Allah nih,,bukan nye kita nk gaduh or saje2,,tp cam kate tuan nye blog nih,,deme uh ade je agenda nye,,sudah terang lagi bersuluh,,tibe2 je nk guna nama Allah,,mmg la kalau dipikir logik bendanya kalau remaja cam kita dapat la paham kalau sekalipun nama Allah agama lain guna,,yg penting akidah kita an,,tp macam mane dgn generasi akn dtg,,itu yg patot dirisaukan,,nanti deme igt semua agama pun same je,,dah guna nama Allah sume,,tapi setiap yg berlaku uh ade hikmahnya,,mungkin masalah nih boleh menyatukan ISLAM malaysia yg berpecah belah..Allah kan perancang yg terbaekk,,,Zat dy tetap tak berubah walau cane sekalipun,,thats all~~may Allah bless:)

Anonymous said...

typing error,,ZAT DIA,,,ana asifah~~