Wednesday, March 17, 2010

~bagi mej01~


kalau korg perasan memang blog aku skang nie diupdate sekali seminggu jer
paling banyak pon 2 kali seminggu.

ntah la gua rasa cam da semakin boring lak blogging nie. tak tau ar nape,
maybe sebab memang gua penat,
or gua busy
or yang paling logic skali gua MALAS.

banyak da org pokpekpokpek pasal blog gua,
da tak sehangat dulu la apala.
urgh. peduli hapa gua, gua ada life kot, gua banyak lagi perkara penting nak diurus,
tak slah en tinggal dunia blogging skejap??

tak kesah la,
yang penting waktu korg tgh bace nie, gua da kira update blog la.
kira halal la kalau gua tak update dalam seminggu lagi ?

skang nie exam da makin hampir, lagi 3 hari dicountdown kan,
smalam gua baru habis the one and only assignment in a life time bagi pelajar jordan
subject visual basic program,
kena buat program computer la ape la,
macam la ada kaitan ngan dentistry or medic,
bile di tanye, kata lecturer nanti time kita keje benda nie guna kat hospital,
ala.... suruh nurse kat counter la jaga,
kesian ar kalau semua doctor nak buat, tak guna la en recruit nurse bebanyak,
makan gaji buta.

agak pening buat assignment,
baru gua paham perasaan bdk2 yang amik software engineering,
gua ingatkan lekeh , rupenya bkn main susah lagi dengan code la ape la, cis. memang sengaja nak bagi budak fail agaknya.

________________________________________________________

sebenarnya ini baru muqaddimah,
niat didalam hati hari ini nak blogging dan tujukan khas kepada seorg member karib kami satu ketika dulu, ceritanya berbunyi begini.

semalam kami dapat berita mengenai pemergian ayah sahabat baik kami,
pulang ke rahmatullah,
yang paling menyedihkan, kawan kami itu, tak tahu lagi tentang kematian ayahnya,
kerana beliau masih lagi didalam perjalanan dalam kapal terbang pulang ke malaysia,
apabila mendapat berita ayahnya dimasukkan ke wad icu.

bayangkan pulang dengan harapan dapat bertemu ayahnya yang sedang critical,
tapi setibanya di lapangan terbang, diberitahu ayahnya sudah pergi meninggalkannya selamanya.
sangat menyayat hati.......

buat seketika aku terdiam, aku terfikir.
bagaimana jika perkara itu berlaku kepada diri ku sendiri?
macam mana aku nak hadapi?
aku sendiri tak tahu sama ada aku cukup kuat utk mengharungi perkara sebegini.

wahai sahabatku,
nor farahin bt bakhtar,
satu sahaja pesan ku,

kita berada di negara org,
kita telah memilih utk belajar jauh dari keluarga,
kita telah memilih utk meninggalkan mereka jauh di tanah air bagi menimba ilmu allah,
oleh itu, kita perlu bersedia, kita perlu memahami yang setiap perkara yang berlaku,
ada hikmahnya,
jangan lah kau meratapi pemergian beliau.
redha dan tawakkal, terima qada dan qadar yang telah ditentukan.
sama-sama lah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org yang soleh.

jika kau merasa sedih, dan memerlukan keluarga berada di jordan utk bersama-sama kau mengharungi hidup. ingatlah. yang saudara dan adek beradik sepelajaran kau sentiasa mendoakan dan sentiasa berada bersama kau. jika batch mep09 tidak bersama kau,
tapi kau percayalah keluarga MEJ01 sentiasa mendampingi kau,
secara physical, mantel dan rohani
Insyallah.

masih ingat wajah-wajah mereka? mereka yang berada di intec pada satu masa dulu,
begitu rapat ukhwah kita sehendaknya, sampai kan kelas lain mencemburui ukhwah kita?
mari saya ingatkan kamu kepada keluarga kita disini tanah anbia ini:

puteri mej01:
ciput
ainaa nadia
sharina
afiqah
husna alya

putera mej01:
ulya aqamah
amir syukri
muizzuddin
abu bakar
shafiq
anuar saad
ismi hamid
zulkhairi
wan najib
kamal abdullah
faiq zaini
amirun safwan
nur salam
furqon
azam farhan
zulfadhli
wan hafizie
luqman ashaari

sekalung takziah dari kami kepada mu wahai sahabat yang kami kasihi
semoga roh arwah ayah enti sentiasa didalam rahmatNYA. insyallah
AL-FATIHAH

ps: arini gua takde ps la.. sebab dalam mood sedeyh. tak tau nak cakap pe.

till we meet again.. [-_-]
Op uLyA aQaMaH BiN Op HuSaMuDiN

Monday, March 8, 2010

~perihal anak arnab~

aritu ade la kami berbicara tentang binatang peliharaan
yang nie cakap pasal kucing, yang tu cakap pasal hamster, sampai la kami teringat kat si nate bertelinga panjang tu, haha yeah benar, berkolerasi dengan tajuk aku. arini aku nak cite sikit pasal arnab.

stop-stop, takya tekan lagi butang "x" kat ujung blah kanan tu,
aku janji ar, cite nie bukan cite biase yang korg dengar pasal cik arnab haha. tapi kalau nak tekan tak halang hak masing2 en

cerita gua hari ini ada kaitan dengan kerja harian kita

kalau buat salah jangan ar nak sorok2 berani menghadapi kemungkinan,
berani buat berani la tanggung.

___________________________________________________________

aku dulu kat indon bela arnab memang banyak ar sampai 100 ekor lebeyh,
bile raya ke buat kenduri ke,
memang makan satay arnab, rendang arnab and paling sodap skali, masak lemak arnab.
ha da dapat bayang dah berapa banyak arnab aku? banyak kosai en.
kalau korg da bela arnab sampai banyak macam nie, memang korg kena pasrah la dengan kemunculan lubang2 misteri di laman rumah korg.

kat situ ade lubang kat sini ade lubang. so, bangun pagi, memang jadi routine tuk ayah aku seluk tangan dalam lubang arnab tu, nak tgk sama ada ade makhluk2 baru yang lahir ke tak,
kalau ade kena cepat2 amik sebab takut yang jantan makan.
so ayah aku ari ari seluk kat dalam lubang-lubang arnab . kalau nak senang kena tanda la sikit itu lubang taknak wat keje dua kali plak en.. da siap check kambus lubang , kalau tak kambus, nanti abes plak tanah kat umah korg, lagipun arnab tak beranak pada lubang yang sama.

ok ok, da makin melalut cam ajar cara ternakan lak.
so ade la sehari tu ayah aku seluk pnye seluk. terase ade isi dalam lubang tu,
ayah aku kaut sekoq-sekoq masuk kotak . semua skali ade 4 ekor, pas da sauk sekoq-sekoq, ayah aku tangkap plak mak dye. and letak skali dalam kotak setiap kali nak bagi susu, sebab arnab nie tak reti sangat jaga anak. so kena paksa dye menyusu.

aku plak di beri tugasan nak memastikan takde kucing atau arnab lain yang menghampiri,
aku tabik ayah aku, sambil berdiri dalam keadaan sedia di sebelah kotak tu.

sambil diri tu, aku usha la si anak tu,
eeh , comel la plak macam anak vavi pon ade gak. haha
pink gile..comel er.. takde bulu lagi. nak picit-picit er aku tgk.

tapi takpe da di beri arahan oleh tuan bapak utk menjaga,
maka gua perlu disiplin dan memastikan tugasan dilakukan.

da dekat 2 minggu aku jaga si anak setiap kali diberi susu.
sampai la minggu ke dua tu aku prasan , da mula tumbuh bulu,
comel gile la wa cakap sama lu.

sekor warna hitam
2 ekor warna putih,
sekor warna coklat .

aku tgk da terliur da, nafsu berahi memenuhi diri,
aku usha yang warna hitam tu , bukan senang nak tgk arnab warna hitam full camni.
(bukan sebab gua hitam ok)
maka apabila nafsu menguasai diri, tindakan tidak dapat di bendung lagi,
aku pecah amanah. aku amik itu kotak. letak dalam sangkar kucing yang dah tak digunakan so that diorg slamat, and aku sumbat carrot and kangkung belambak tuk mak dye makan.then aku amik anak yang warna hitam tu bawak lari masuk dalam bilik.

gua guling-guling dengan dye, main chak chak dengan mesra sekali,
oh itu lah saat indah ku bersamanya, tiada lagi saat indah sedemikian. ku merasa puas.
sepasang kekasih berdua-duaan didalam bilik sangat nikmat hendaknya.

dah puas melayan kecomelan arnab itu,
gua keluar kat ruang tamu...

"line clear, bapak tak balik keje, mak kat dapur, yes yes!!"

aku bajet aku selamat ar, aku pon meraikannya dengan arnab kesayangan aku,
aku dok apung apung dye, baling baling naik atas and tangkap balik, seperti bapa melayan anak.
haha dok tgh asik mengapung arnab tu tetiba..

"ulyaaaaaaaaaaa! wat are u doing, mind help me feed the guinea pigs"
panggil ibu ku dari dapur rumah.

aku terkejut and terkilas pandangan sejenak kearah suara mak aku,

"err, ok mum. in a minute"

aku pon, pandang balik dan kulihat arnab hitam itu sudah tidak terapung di udara, aku tgk da duk senyap kat bawah kaki ku. erk bodo bodo, yang aku tak tangkap pasal, da campak tinggi-tinggi biar jatuh kat kaki bodo bodo.

aku dengan penuh perasaan cuak, membelek badan arnab tu. kais ngan kaki sikit. erk. tak bergerak.

"eh bangun-bangun nanti abang kena marah, bangun bangun...."

aku tiarapkan dye dan tekan-tekan sikit bahagian dada. erk. tak bergerak..

TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKK!!!!!!! SAYANG JANGAN MATI!!!!!

aku cuak, bukan cuak ngan kematian tu, cuak kena marah ngan mak bapak aku.
erk. nie semua salah mak aku la nie, ade ke patut panggil aku waktu aku tgh bermesra, kan da terlalai. sape yang tak tekejut. cube korg da kawin nanti en, malam pertama tu, dengar suara mak bapak korg panggil suruh bagi makan guinea pig, mesti korg ilang konsentrasi en en .
salah mak aku la en, bukan salah aku en en ? tak ke?

aku waktu tu tu punya la cuak.ape aku nak buat nie, nak tanam tak sempat, nak buang tong sampah kantoi ngan mak lak. er er..

tgh aku dok pk camne nak hapuskan bukti, mak aku sampai,

"wat are u doing, stop procrastinating wat i tell u to do, its not good"

erk, hehehe. aku pandang mak aku, senyum bersalah.

"ok ok i'll go now."(nasib baik la mak aku taknampak arnab tu, dihalang dengan kerusi sofa kat depan aku phewh)

so before mak aku nampak, and before aku dapat idea, aku sorokkan mayat hasil pembunuhan aku kat bawah sofa tu.

aku terus lari lintang pukang pegi kat guinea pig aku yang kat luar umah .

"that a boy, thats wat i want."

petang tu aku di bebani macam2 aktiviti, aku ade swimming class, pastu ade lak bday parti member, then ade plak roller blade fiesta kat skolah.

masa pon berlalu, aku da lupakan jenayah yang aku lakukan. satu malam tu tgh dinner ayah aku tanye.

"so son, hows the rabbit doing?? grown bigger i guess"

erk. ARNAB, aku lpe. da dekat seminggu gua tak kuarkan dari sangkar, nasib baik da sumbat ngan carrot ngan kangkung berlambak. oh aah mayat!! aku lpe.. ergh. tidak..

"herm, ok i guess, but one of them is lost, i dont know where, i guess a cat got it"

"oh really, thats ok, just keep a closer eye on them next time" kata bapak ku

"okie dokie" ku jawab

"oh ya, have u noticed a unpleasant odour at the living room?" tanye ibuku kepada ayah ku.

"ya, i wonder wat is it, maybe a dead gecko?" jawab ayah ku.

"yeah , probably", jawabku dengan cepat before mak aku sempat jawab.

"i'll check on it tonite" kata ibuku

"no! let me, i'll help u"

"nah, its ok, u go do ur homework"

"oh, its ok ma, i'll help. i dont have that much of work to do"

"no no. its ok u go help along with ur sis's volcano project"

"i dont wanna help her, i wanna help u"

"its ok, i said no. its my work, no more excuses and no more rebuts"

aku terdiam. adoyai memang malam nie aku kantoi ar. memang aku nak kena siap sedia la punggung dilibas. pas makan aku buat baik ngan mak aku, tolong org gaji basuh pinggan. susun kerusi kat meja. and aku terus masuk dalam bilik kakak aku .

"sis , can i tell u a secret ?"

"what?"

" i killed a rabbit and hid it under the couch."

"what? u idiot. mum is sure gonna find out"

tetiba terdengar suara bapa ku yang berkumandang menjerit lantang.

"ulya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! wat the hell did u think ur doing!! u come out here!" ( tu je yang aku ingat, yang lain dye da start membebel)

"ur so busted," kata kakak ku dengan senyuman sinis penuh ejekan

"sis, if this is the last time i see you , just want u to know that i love u, and i read your diary bout merrick eeewwww somones got a crush on somebody."

"wat? ulya!!!!! maaaaaa!!!! tgk ulya nie"

aku pon keluar jalan mengatur langkah dengan sebaiknya, menghadapi hukuman yang di berikan.

adegan selepas itu adalah terlalu seram utk di nyatakan. tapi cukup sahaja korg mengetahui, punggungku berbekas merah merah menerima sebatan sakti oleh tuan bapak.

aku dijatuhkan hukuman sabit kesalahan, " membunuh, tidak amanah, tak bercakap benar dan yang paling aku tak puas hati , MEMBACA DIARY KAKAK AKU"

cis!!

aku menerima dengan penuh redha. dah salah aku en, aku memang patut kena la en.

pas haritu aku tak brani da nak lawan cakap parents aku, tapi ketahuilah, diary kakak ku masih ku teruskan baca sehingga kakak ku balas balik baca surat cinta monyet aku. hahahaha

so kalau da berani buat tu, berani la tanggung.

ps: aku rase aku da cukup la animal care skills buktinya penjagaan arnab hitam aku, rase rase kalau nanti summer sem aku amik animal care for elektif ikhtiari subject bley score 100 tak??


till we meet again.. [-_-]
Op uLyA aQaMaH BiN Op HuSaMuDiN


Friday, March 5, 2010


ya allah ,berd aku da buat 2 kali da ini tag haha takpe ar tak kesah ar. en en , kawan punye pasal, lagipun aku nye desktop da tukar gambo.


1) You have to print screen wallpaper that you are using right now



simple gile en en.. haha nie nama dye modern and contemporary
2) Tell us why you like the wallpaper

actually ini masa , aku sangat rindu kat bebdak mesir, gmbar nie waktu kitorg jejalan kat alexandria, kola'ah salahuddin al ayubi. bagi aku jaulah kitorg ke sana membawa seribu satu erti. bukan sahaja aku dapat jalan2 tgk tmpt org dan menenangkan diri, tapi aku juga dapat melepaskan kerinduan ku kepada mereka.. so supaya sentiasa dalam ingatan aku pon semadikan la memori indah ini di desktop ku. haha (terharu tak dak mesir) :P

3) Tag 10 people...

sesapa la yang nak wat. tak kesah sangat pon. sebab member aku semua aku da tag waktu dulu2 hahahaha. tag sama lak tu

ps: sadis baru kuar dari bilik sebab tenet takde. bagus betol beliau, boleyh jadi tanda ketiadaan tenet, takde tenet baru nak kuar bilik. hehehehe

till we meet again.. [-_-]
Op uLyA aQaMaH BiN Op HuSaMuDiN