Tuesday, November 23, 2010

~geng tie hijau~



dekat dunia nie ada satu gang yang paling tak boleh blah,
kalah pekida,kalah gangster-gangster jalanan.
kalau lu orang cari gaduh dengan sorang. habis suku sakat depa mai turun backup.

gua tau . ramai yang pandang sleck sikit kat gang nie.
yelah orang kata bawak pengaruh buruk kot.

jahat, ganas, isap rokok, akademik so-so,suka mencarut, pandai menipu, kaki perempuan.

semua yang jahat-jahat pasti merujuk kepada si geng tie hijau!

geng nie semua tempat ada. jordan dan mesir pon dah menunjukkan ciri-ciri penapakan kumpulan mereka. cuma korang sedar dan tak sedar je.

sebelum geng ni datang jordan. gua dengar cerita, banyak perkara diperkatakan. yelah nak sambut kumpulan gangster kan? sapa tak takut? takut ramai yang jatuh dalam tangan dan terpengaruh dengan agenda geng tie hijau yang durjana ni.

(geng tie hijau yang sentiasa dipandang serong)

(warna dan lambang rasmi geng tie hijau)
____________________________________________________________________

geng tie hijau nie ada satu musuh yang paling ketat.

geng tie biru namanya.
geng tie biru nie memang terbaik.

pandai, alim, cerdik, semangat, optimist.

semua yang opposite geng tie hijau. hah tulah geng tie biru.

geng biru nie memang dah terkenal di serata dunia, membawa arus perubahan ke seluruh pelusuk alam. memang bagai kumpulan intelectual dunia..

gua bukan nak cakap ape. kadang-kadang mereka nie suka membawa revolusi tersendiri, mempertahankan perlembagaan kumpulan mereka sendiri. ada sesetengah tu pulak (bukan semua) cukup anti dengan kumpulan sang tie hijau. bagi mereka , tie hijau nie perosak bangsa dan agama.
("abang long" kumpulan tie biru diapit konco-konconya")

(pejabat utama geng tie biru dipercayai dari tahun 1955)
____________________________________________________________________

tapi gua yakin.
dalam setiap diri geng tie hijau nie. ada secebis kebaikan. takkan la diorg ni jahat sampai takde batasan ye dak?

gua percaya, kalau kita beri mereka masa, kita beri mereka ruang kita tunjuk mereka jalan. geng tie hijau nie mungkin boleh menjadi lebih baik dari si tie biru. bersikap terbuka, terima mereka seadanya. pelajari selok belok kumpulan mereka dan ajarkan selok belok kumpulan kalian.

bukan niat mau mengata tapi ramai yang tidak memahami mereka. yang jahat tidak semestinya jahat yang baik tidak selamanya baik.

kan lebih elok kalau kumpulan tie hijau dan tie biru ini bersatu. mungkin di jordan sudah AGAK berjaya. tapi bukan semua yang memahami mereka.

tak salah kalau kita saling tolong menolong demi memajukan bangsa.:)


aku yakin. jika kita mampu bersatu, mampu memahami. pasti dunia bakal gegar dengan mendengar semangat dan kesatuan kita.


ps: kalau biru+hijau jadi warna ape bai?

9 comments:

cidak said...

gila lah.aku bkawan dengan gangster2.

tie sekolah aku warna hijau gak.

Anonymous said...

loqo said...

bile nk gabung cm ko cdgkan..dpt jgak aku blaja selok-belok pepereangan..then,aku ajar korg solat semasa perang..

knape letak gmbr aku????haish~~

Op uLyA said...

to cidaq: haaa dah tu jangan cari pasal sama wa. hahaha

to loqo: hehehe.... gambar kau paling otai.. hehehe

khairul farhan said...

Ulya.

aku tie hijau. adik aku geng tie biru. Tapi dia perempuan takdala pakai tie. doakan dia spm

Hattarazian said...

haha..kat malaysia memang femes dengan HIJAU DAN BIRU ye..xkire dalam POLITIK mahupun sosial setempat..

Salam Abdullah said...

Salam..

Keh3.

Nasib baik aku xpakai tie.

:)

Aishah Nur Hakim said...

jadi bijau.


asobiyah ni perlu diperangi.

bukan penggoda said...

biru + hijau = parti politik di msia.

sekian.

Anonymous said...

tie menjerut. jadi pindahlah pakai baju melayu, at least ade la warna-warni Malaysia sikit. ye dok?

be strong ulya..