Tuesday, November 23, 2010

~pendekatan yang berbeza~


ayah gua seorang pilot,

Ye pilot!

memang kalau gua cakap ayah gua pilot je , ramai yang dok gheling mata kat gua sambil dalam hati, dok mengata gua anak manja . pergh!

tapi sumpah, walaupun keluarga gua nie agak senang lah kan, tapi ayah gua tak penah nak manjakan, tak BENARKAN kami hidup dalam keadaan "mewah".

korang kalau jumpa ayah gua, memang pasti, tak sangka yang dia ni pilot.tak ada gaya langsung!

ayah gua kata, "hidup ni mesti bersederhana, mewah apa guna kalau tak bahagia?"

dulu gua merungut,

"pak , asik pakai kereta buruk je, beli la satu hyundai matrix ke , kia carnival ke, nie asik volvo buruk je. segan ulya ngan member."

dye jawap:

"hah, depa beli keghta sebiji 150 ribu, bapak beli keghta 4 biji 150 ribu, semua boleh pakai , anak bini semua ada sebiji. buat pa beli kereta 150 ribu sebiji dok berhutang , pak beli keghta 150 ribu 4 biji, cash. tak payah pikiaq banyak"

dan sekarang ayah aku ade 7 biji kereta, dan hanya satu je yang "mewah " sikit. yang lain tu cuma sekadar boleh jalan sudah.

( memang banyak tapi semua orang pinjam. haha)

(ni contoh salah satu kereta ayah gua yang sangat keburukan, tapi banyak berjasa.
dibelakang dengan gua tu namanya ketam skang di mesir, didepan plak mirul pelajar russia)
___________________________________________________________________

Ayah gua seorang yang sangat adventurous dan gemar dengan kerja-kerja outdoor.
gua tak kesah kalau dye nak pegi mancing ke menembak ayam ke nak peghosah keta ke, tapi jangan babit kan gua. gua petang-petang nak pegi main rounders dengan member, nak pegi layan "crash bandicot" dekat PS 1 jiran.

tapi tak. time gua darjah 5, bile dye balik kerja mesti ajak gua pegi ke laut. cari rezeki tambah katanya. gua siap-siap pakai baju buruk gua, seluar lusuh gua naik kereta buruk menuju ke Permatang Seri Manjung.

Selalunya gua pegi dengan 3 orang, ayah, tekong kami pak hamid dan seorang peniaga ikan pakcik akmal namanya. kadang-kadang gua rasa tak seronok. asik nak kelaut je keje. macam ayah gua tu nelayan pon ada.

banyak ilmu gua sedut dari pak hamid si tekong ikan. gua tau macam mana nak baca arus laut. tau dimana kawasan kegemaran ikan.yang paling stylo, bila gua nampak kocak air, gua tau ikan apa yang ada kat kawasan itu. kalau kemerah merahan kocaknya, itu ikan kembung yang sentiasa menjadi buruan, kalau kocaknya menggerutu itu ikan tamban, dan dimana ada tamban di situ ada talang.. hebat bukan orang-orang "lama" ini, pengalaman mereka sangat meluas. alhamdulillah gua antara yang berjaya mendapat ilmu yang sangat pelik ini.

(yang tengah pegang ikan tu, pak hamid guru lautku, ayah ku yang sedang bawak bot, ye lagi sekali dye seorang pilot. -.-")

ada satu hari tu , kami dapat rezeki yang sangat lumayan. ada 4 ekor ikan bawal telinga gajah yang masing masing saiznye lebih kurang 2 kilo setengah.

belum sempat bapak berkata apa-apa, pak hamid dan pakcik akmal terus cakap.

"waah, sedap ikan ni, bukan senang nak dapat . wuish. amik dulu amik dulu."

ayah gua terus pandang gua sambil tersenyum. senyuman yang membawa maksud mendalam. gua tak paham.tapi gua senyum balik.

(ni la ikan bawal telinga gajah, namanya mungkin berlainan mengikut negeri)

selalu lepas balik laut kami akan singgah ke kedai kopi berhampiran. ayah buka satu meja lipat , duduk tepi minum teh tarik sambil isap rokok.
gua pula dok panggil-panggil,

"ikan baru , ikan baru, kembung 4 ringgit, tamban, senangin, gelama semua ada murah-murah"

seorang pilot yang gajinya lumayan, duduk jual ikan ditemani anak bujang sulong di kedai kopi. mana korang nak jmpa macam ni?

sambil sambil duduk tu, seorang pemuda datang menghampiri,

"pak cik, murah sikit bley pakcik ? bagi 3 ringgit sekilo ke?"
"aduh, tak boleh la. ni dah murah dah pakcik bagi 4 ringgit. slalu 6 ringgit, dah nak amik amik, taknak biar" jawap pak hamid.

last-last ikan tu takda siapa nak beli. maklumlah dah malam, mana nak laku ye dak?

ayah terus pandang gua dan senyum lagi sekali. dalam hati gua tau ada maksud sebalik senyuman tu. tapi gua sabar menunggu apa maksudnya.

___________________________________________________________________

dalam sekitar jam 8-8.30. ayah bawa ku pulang. dalam kereta beliau senyap sahaja.

"pak . i know, your smile meant something, but i just cant figure it out."

"ulya.. you tell me, do you think diorang pernah makan tak ikan bawal telinga gajah tadi?"

"penah kot."

"haaa, ulya tau tak, ikan tu sekilo dalam 100 ringgit?, ulya rasa-rasa kalau malam ni dia jual sekilo pon jadilah. dapat tak untung yang sangat lumayan?"

"o0o0. mestilah. lepas duit minyak apa semua dengan sekilo je ikan tu."

"you see. now these are the mentality i want you to be aware off, kita utamakan apa yang penting dulu. jagan pentingkan diri, jangan pentingkan perut. makan ikan tu, boleh makan sekali, tapi kalau jual ikan tu? boleh bagi anak bini makan seminggu. betul?"

gua pon terangguk-angguk paham.

"lepas tu, bila ada orang mintak murah sikit. kalau dye bagi tak ke dia untung lebih daripada biarkan ikan tu membazir malam ni?"

"betul-betul"

"jadi, tu masalah orang kita. pentingkan untung tapi tak kira rugi.. silap-silap kalau jual je 3 ringgit kat orang tu tadi, dia ajak kawan-kawan dye datang beli.now you tell me, sapa untung sapa rugi?"

gua terfikir sekejap. betul juga cakap ayah gua. dari biarkan ikan tu membazir, jadi ikan masin atau masuk perut sendiri, baik dia jual murah-murah pon jadilah.

gua pandang ayah gua, senyum dan cakap,

"thanx dad"

ayah gua senyum kembali, kali ini senyum berpuas hati.

(hidup gua memang dahulunya dikelilingi bidang kelautan ini. maaf gambar agak seksi, tapi tak nampak aurat bukan? hehe)
____________________________________________________________________

cerita ini bukan nak bangga diri. cuma ingin berkongsi. benda yang baik kita ambil dan praktikan bersama-sama ye dak?

memang ayah ku seorang yang garang, ayah ku tak banyak cakap. tapi cara beliau sangat unik dan berbeza. bagi gua implikasinya juga sangat bermakna dalam mengubah cara pemikiran dan cara menghadapi kehidupan. pergh! skema plak ayat!

(gambar beliau sewaktu masih dalam khidmat tentera udara, tahun 2004)

ps: serious gua nak pegi kelaut. kat jordan mana mau cari? -.-"


12 comments:

aqilah said...

salute yr dad!

tepianmuara said...

pergh.


sangat suka!

lepas ni, boleh cerita cane ko power masak lak eh,

QteenaHazman .: said...

haha..tringin nk jmpe ur dad..

ble la nk btandang agy skalik ek?

*controvesial statement nih..haha :D*

Op uLyA said...
This comment has been removed by the author.
Oh Nana ! said...

part ayat 1st tu je sama macam aku. part lain, lain la ceritanya. busy man, and aku pun tak pernah ada peluang macam kau. every moment yang kau dapat tu, kau akan rindu satu hari nanti :)

Op uLyA said...

to aqilah: mekasih :)
to anip: haha aku mana pandai masak dol.
to qus: hahahaha sangat controversial kan? hahaha insyallah nanti bertandang lagi heh!
to nana: haha tulah. im actually missing it soo much now :)

ahmad alkhani said...

ulya budak laut...pergh

kang aku pijak malaysia,aku nak tron laut ngan ko...ajar aku "pikat" duyong...amcam?

emirhasnan said...

aku suka la gambar kau tak pakai baju tu..keh3

Anonymous said...

i luv ur way figure out life..ske wat org bpkir..i respect u!

Op uLyA said...

to moja: hahahah lu bukan memang dah pandai pikat "duyong"? haha

to cidak: haha ehem. tooot.

to anon: :D

Akhyar said...

stail lah..

nati blh ak bca blog ank ko tlis ayh dy dkter gigi,tiap2 hri ajk ank g laut ptg2..i'Allah..

agk2 dkter ade can x?
hehe

♥ Miss Yanie ♥ said...

ulya...dat pak hamid is my uncle..u knl ehh ?? hu3...