Thursday, December 30, 2010

~bertemu dan berpisah~

Sebelum ini aku hanya mampu mendengar kisah-kisah ayahku sewaktu beliau masih di RMC.

aku tak paham, apa yang dibanggakan sangat?
apa yang disukakan sangat?
apa yang disayangi sangat dengan tempat yang penuh dugaan tu?

mungkin orang luar cuma dengar kisah-kisah hitam,
mungkin orang luar cuma mahu percaya dengan hebahan kosong dari media ,
mungkin orang luar cuma memahami, RMC = tempat lahirnya golongan daif dan kasar.

aku tak salahkan mereka,
mereka cuma mendengar cerita luaran, mereka tak memahami keadaan sebenar yang dilalui "putera" RMC nun di bukit bandar Sungai Besi itu.
aku tak salahkan mereka,
kerana sebelum itu aku pun sama naif percaya pada sesuatu dan berkata-kata tanpa sebarang usul periksa.

apabila aku membuat keputusan untuk kesana, aku yakin dan percaya aku pasti temui jawapannya.

tetapi tidak. tahun pertama pengajian hidup kami putera baru bagai neraka. buat seketika aku terduduk dan aku tertanya, "aku tersilap buat pilihan ke?"

setiap kali aku terlihat telefon awam yang tersangkut didinding block c itu, tanganku menyeluk kocek mengira duit syiling yang ada. semakin aku melangkah menghampiri telefon itu, ayat ayah aku mula bermain dalam fikiran.

"its your choice, if you go to ASIS, im sure you'll be a straight A student, if you go to RMC its about learning to become a man."

A MAN. kata ayahku. terus aku simpan duit cuba kuatkan diri menempuhi dugaan yang menanti.


tahun pertama aku tempuhi dengan penuh cabaran dan dugaan, hanya kesabaraan yang menjadi senjata utama aku setia melayari bahtera di RMC.

tahun pertama tak mungkin aku lupakan , tahun yang mengubah hidup aku, tahun yang membina peribadi aku.

namun semuanya tak ku fahami , bagi aku sewaktu itu, latihan dan "ragging" oleh senior cuma sekadar seronok dan bodoh semata-mata.

tetapi aku sabar, dan akhirnya aku faham, akhirnya aku sedar dan akhirnya aku CINTA akan RMC.
___________________________________________________________________

Pagi itu aku terjaga sejurus mendengar azan subuh.
senyuman jelas terukir dimukaku.

"Ya, ini adalah hari terakhir aku di sini, hari terakhir aku di "penjara sungai besi" ."

aku mengambil baju number 4 A aku yang licin di gosok semalaman, barret berserta bulu merah yang berdiri segak ku pakaikan di kepala ku, kasut kawadku disarung dengan penuh cermat.

aku pandang seketika di cermin sambil tersenyum bangga dengan diri kerana berjaya menamatkan latihan di RMC.

dibelakang padang kawad dilindungi bangunan akademik tingkatan 4, putera-putera bersiap sedia, yang pemegang pangkat erat memegang pedang, putera kanan yang lain pula segak menyisip M-16 disisi, rapi !



Kami mengatur langkah mengikut kiraan, memastikan kanan dan kiri tidak bercelaru. mengangkat dagu, tegakkan badan.

1, 2, 3 , 4..
1, 2, 3, 4..

"angkat kaki, lutut paras, hentak padat , jangan malas.."
suara che ka masih terngiang-ngiang ditelinga.

dengan segaknya para putera berkawad diiringi lagu tema tentera darat yang dimainkan oleh ahli pancaragam .


selesai lintasan hormat , kami mengambil tempat masing-masing. di tengah padang kawad disusun mengikut kompeni alpha, bravo, charlie , delta, eagle, foxtrot , golf dan hotel. peluh mula membasahi pakaian seragam kami, hati semakin berdebar menunggu saat kawad keluar padang.


tidak lama kemudian arahan diberi, yang di sebelah kiri pusing ke kanan dan yang kanan pula pusing ke kiri. kami bersemuka antara satu sama lain. wajah kekal macho menahan terik panas, menahan lenguh kaki, menahan pilu dihati.

drum roll lagu "bertemu dan berpisah " sudah bermula, langkah mula diatur satu persatu....
kami berjalan mengikut barisan sambil lirik lagu kami ungkapkan dengan penuh semangat.

perasaanku ketika itu tak mungkin aku ungkapkan , begitu indah begitu puas namun tetap bersedih. aku mahu tersenyum bangga dengan diri namun air mata bergelinang di mata. aku sudah tak dapat menahan aku biarkan ia mengalir. aku biarkan ia membasahi pipi tetapi wajah ku kekal serius.

tetapi disebalik keseriusan wajah , aku pasti ramai yang menangis didalam hati .mengenang kisah suka duka kita di maktab yang disayangi. memori-memori silam mula terpancar, gelak ketawa rakan mula bermain di telinga, aku tak mahu meninggalkan tempat ini, aku tak mahu meninggalkan batch aku, skuad aku,pegawai, staff, guru-guru . aku pasti merindui kalian!
aku pasti!

akhirnya kami melangkah keluar dari Pintu Munip, pintu yang menjadi kayu ukur tamatnya latihan kami semua di RMC, pintu yang membenarkan kami membawa gelaran OP.


aku mencari skuadku, aku peluk satu persatu, kalau boleh tak mahu aku lepaskan. biar air mata membasahi bahuku, tapi aku sayang kalian bukan sahaja sebagai sahabat, malahan seakan-akan keluarga..

namun benar , SETIAP YANG BERTEMU PASTI AKAN BERPISAH~


____________________________________________________________________

akhirnya kami sedar, apa yang diajar ada sebabnya, apa yang diajar ade rasionalnya, apa yang diajar pasti ada hikmahnya.


apa yang kami tempuhi semua demi membina jati diri, melahirkan insan yang mantap peribadi.

Oh RMC, kau mengajarku erti hidup, kau mengajar aku erti berdikari, kau mengajarku lebih berdisiplin, kau mengajarku erti persahabatan yang sebenar...


TERIMAKASIH
SEMOGA NAMAMU KEKAL UNGGUL DAN DISANJUNG TINGGI
____________________________________________________________________



HAPPY BELATED OP DAY (24TH DECEMBER)
FOR THE OLD PUTERAS OF THE YEAR 2008
REGARDLESS OF OUR DIFFERENCES
FORTS OR EVEN REXOS
WE ARE STILL THE OP FAMILY.

___________________________________________________________________


ps:
yatta , syawix,alip, petak, deris, kuda, ainul,akmal,salam, ketam, paiz, kaduk, shamsol,keri, muqit, syapiq.

sumpah aku rindu gile kat korang.. semoga masing-masing selamat dunia dan akhirat.:)



8 comments:

emirhasnan said...

mesti kau tersenyum ini macam

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1304747972121&set=a.1581571332532.2080092.1033153366


kan3?

Anonymous said...

kuang3..kena adakan perjumpaan terbesar la nanti seyh..hakhak...2012? haha

jhnrdzi said...

Pehh, terharu.

Aku pun rasa menyesal gak mule mule tinggalkan SM Sains Selangor. Life dekat sana heaven, tpi mungkin life dekat RMC lebih bermakna :)

op azrulhanafi said...

terbaiklah Ulya..proud to be OP...
ak pun senasib ko..dapat ASIS but ak pilih RMc..mmg x menyesal n amat bermakna dlm hidup niee..
CROSS THE LINE WITH GLORY!!!

INTELLIGENT_loner said...

kalau la ade RMC for girls....sure aku masuk..life korang nmpak smart gilee ...

amalina. said...

smart la ulya.time passing out memang smart.thumbs up!

Anonymous said...

ish2x..terharu nye(terharu ker???ker blakon jer..haha)..yer ker 24dec bkn 23dec ker kte passiong out..hee..

ko mcm mn study dkt sn ok x??
shat x??
klu on ym buzz la aku(aku invisble)
kirim salam dkt khairi n squad kte yg len klu ada cntct dyeorg..ckp aku pun rindu dyeorg sngt2..hee..

aku pun rindu dkt ko..cre tngk blog ko je la nak lpas rindu...hehehe..

doa untuk aku..
(433948)

alyaa majid said...

eeh, zulfaizan (john) ! haha [dlam gmbar]