Friday, March 25, 2011

~Seniors~




salam,

entri kali ni sangat bersifat self monolog,
mungkin ada yang akan paham , mungkin ada yang tidak,
tapi secara jujurnya aku cakap ,
dalam masa 2 , 3 bulan lagi aku pasti merindui senior-senior tahun akhir.

bukan apa, aku rasa, senior tahun akhir nie banyak beri impak pada aku,
tak kesah lah jelas atau tidak,
jauh dalam sudut hati tu , aku rasa adil aku cakap aku agak sayang dengan mereka.
mungkin kerana aku tak penah merasa ada abang , dan mereka menjadi substitute .

mereka yang banyak beri panduan,
yang banyak beri pendapat,
yang banyak beri nasihat.

bagi aku, hidup masyarakat di Irbid ni tak lengkap tanpa kehadiran mereka.

mungkin aku bukanlah yang paling rapat dengan mereka, tapi bagi aku, mereka merupakan satu contoh yang sangat baik dalam memberi aku semangat meneruskan perjuangan sebagai student dekat jordan.

kisah-kisah zaman mereka muda, cara pemikiran mereka, malahan cara pergaulan mereka sangat aku kagumi.

bukan mudah dah tua-tua tapi masih mampu nak berkomunikasi dengan golongan yang masih belum matang seperti kami. yang paling aku kagum adalah waktu mereka sanggup duduk bersama-sama "adik-adik" menyampaikan pandangan, membincangkan pendapat, sambil memberi nasihat. serious aku cakap tak banyak yang sanggup.

setengah orang mungkin rasa satu gap yang besar,
kata mereka, segan lah, malu lah, tak satu kepala lah.

tapi aku persoalkan, kalau dah kita tak kenal orang tu macam mana kita nak tahu cara nak bergaul?
jadi apa kata kita amik peluang baki baki bulan yang tinggal ni,
sementara diorg ada, kita sedut ilmu-ilmu, kita kumpul nasihat yang boleh membina jati diri kita.

serious walau mereka nampak huha huha kat depan tapi diorg nie banyak ilmu yang kita boleh amik dan amalkan. cara berfikir, cara mereka melihat dunia dari sudut perspective orang yang dah matang.

bagi aku, mereka sangat hebat. sebab mereka mampu buat diri aku yang rather rebelious ni untuk menyertai program yang mereka organize.

tapi aku agak sedih,

ye lah, mereka usaha nak sampaikan buah fikiran kepada adik-adik, tapi kita tak support, yang pegi beberapa kerat je. cuba kalau kita amik masa sekejap, duduk dengan mereka bersembang . tak kesah la sembang kedai kopi ke atau secara formal. aku pasti sedikit sebanyak pasti ada ilmu yang kita boleh sedut.

jadi aku harap kalau ada program seterusnya kita pergi lah ye . aku dengan sepenuh hatinya menyeru semua ahli PERMAI. kalau tak pon, atleast batch aku boleh mulakan dulu.


satu perbezaan aku tengok bila bercakap dengan mereka,
mereka kalau dalam kumpulan mesti sembang benda-benda yang berilmiah, dari segi isu semasa ke, atau dari segi pengetahuan agama. isu isu lain tu blakang kira lah kan haha.

tapi kita?

kalau sembang , hah, keluar pasal akhawat lah, pasal game la, pasal hanset la. tak membina langsung! tak pernah aku duduk sama-sama rakan sebatch bincang isu yang berguna. semua nye isu yang "sementara" sahaja.

harap-harapnya aku teruslah bersemangat nak mengenali mereka dengan lebih mendalam.


jadi kepada senior-senior yang bakal grad tu, aku ucapkan tahniah. tahniah atas pencapaian, tahniah atas kejayaan dan selamat berjaya sebagai doctor dan doctor gigi .
terimakasih juga atas nasihat, teguran dan juga perkongsian ilmu yang aku dapat selama ini.

i wish i had more chances to get to know you guys better .

ceh! post macam diorang nak pegi dah. tapi takpela, aku cuma sampaikan pandangan. kalau ada yang tak setuju maaflah.

salam

bai, nak tido!

ps: serious tak tahu, macam mana keadaan irbid lepas ketiadaan mereka, pasti terasa bukan?

10 comments:

Unknown said...

nti ko la gnti diorg..
kekeke

Anonymous said...

sangatttttttt LIKE post ini!
-mengimpikn batch 2nd yer standing mereka-

Ayin said...

like komen di atas.
meaning,we're not matured enough.
and I hope,we, our batch n others can start,to be like them.
care about the world, and everyting around us.

Abdul Munir Sanusi said...

Super-senior korang dulu-dulu yakni senior aku lagi hebat orangnya. Ada yang gila hapal hadis Riyadhus Solihin. Amek Medik tapi selalu dirujuk ustaz-ustaz Syariah.


Bab bergaul lagi gila mesra takyah kabo. Acik jemput ajak rumah. Diorang tolong masak lemak cilik padi, belanja pizza dan sebagainya.


Kadang rumah diorang jadi tempat hotel kami masa hujung minggu.

Kiteorang tak sehebat contoh senior-senior dulu. Tapi, kiteorang cuba sebaik habis mungkin.


Tapi, biasalah by the time bila student makin melambak, makin ragam. Takyah nak salahkan kepadatan student, takyah salahkan internet ada setiap rumah. Rasa takyah.


Kita yang kena grab peluang nak ataupun taknak untuk bina KOMUNITi KITA SENDIRI.

p/s- Doakan kami grad berjaya.

Hattarazian said...

like komen superb senior munir sanusi =)
dengar tu ulya...

Najib Daud said...

nak menangis pun ada. :(
bila la kita nak matang ni?

ainshams said...

patah tumbuh hilang berganti.
doakan batch kitorg grad dengan cemerlang Jun ni, insya Allah~
good luck 2u2.

Ayin said...

kak ain,
ade yang patah, x ganti-ganti.
gigi! hek3

2 3 kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
2 3 boleh kucari,
manakan sama, kalian sekarang Y_Y

Anonymous said...

ulya....all i wanted to say is, being a grown-up is NOT easy. especially when you come to the stage where you realize the fact that there's so much more to life than what you used to think. be thankful that Allah sent these seniors to assist you in finding eternal happiness. be strong when your friends are not being supportive. the truth is, they too, are going through a transition in life. some might be able to take it, some might need more time....perseverance and patience are the keys. hold on to it. InsyaAllah all of you will be fine.

LailaAlfisyahr. said...

people get matured thru their experiences.

insyaallah, when each of you reach your final year, or even getting older ,

the topic of conversations will change.

the wise men will emerge from each of you guys.

sometimes, maturity takes time to develop.


and to start a wise conversation, you shall first bring the topic up to be discussed about.


show wisdom by action, insyaallah the blessing of Allah is with everyone.

Salam.