Friday, May 6, 2011

~minggu 1001 emosi~


salam,

ya ALLAH,

betapa berat aku rasa sepanjang minggu nie, sangat berat. sangat sangat sangat berat. aku rasa down, rasa macam sangat tak boleh go on. ya ALLAH.

ramai tanye kenapa aku pelik minggu ni, diam, tak social, tak sembang sangat. hakikatnya aku memang takde mood. maaf.

minggu ni bermula dengan sangat berat bagi aku. tapi ada 2 perkara utama yang aku rasa sangat memberi impak.


___________________________________________________________________

first,

PILIHANRAYA.

kalau aku kata, perasaan aku ni takde kaitan dengan pilihan raya memang tipu. sejujurnya memang ada. bukan sebab aku tak dapat tapi sebab isu-isu yang timbul waktu hari mengundi.

pada asalnya, aku ade dengar ura-ura mengatakan yang aku ni tak layak, dan hanya bergantung pada populariti first year.

takpe, aku diam, aku telan dalam dalam.

tak cukup dengan tu, pada hari pilihanraya ada message yang tersebar, secara halusnya tidak mahu aku naik, dengan mengatakan bahawa aku repeat itu, adalah satu kekurangan yang secara tidak langsung tidak melayakkan aku untuk memegang pucuk pimpinan.

aku sedih, aku rasa selama ini aku dipergunakan, bukan nak bangga tapi sepanjang 2 tahun kat sini aku dah urus 11 program PERMAI. tapi bila aku jatuh sikit, semua pandang serong, walhal prinsip tugas aku, takkan campur hal kerja dan pelajaran. ini telah aku terangkan kat post sebelum ni. (klik disini) . terimakasih lah.

memang aku rasa kecewa, sanggup orang buat macam tu kat aku, menghantar message bagai supaya jangan undi aku. bukan aku nak rahsiakan aku repeat, tapi biarlah aku yang bagitau sendiri. hakikatnya aku tak repeat tahun 1 pun, kalau itu yang korang nak tahu. kes aku ni kes pelik, 1st time JUST dapat kes macam ni. hakikatnya aku tahun 2 , dan tahun depan tahun 2 lagi skali. kiranya aku repeat tahun 2, bukan tahun 1. sebab aku dibenarkan amik subjek tahun 2 cuma bukan semua.

sebenarnya aku tak kesah pun nak bagitau, orang tanya aku cakap, tapi bila buat macam ni, sangat keji , malahan dah melanggar hak asasi manusia PBB , jangan target peribadi.
sebab sejujurnya, korang tahu ke macam mana pelajaran aku sekarang? bukan fail skali, fail buat selama-lamanya.
sekarang ni satu irbid tahu.

ramai yang mempertikaikan kenapa aku maafkan orang-orang yang buat sebegitu kat aku. tapi takpe, mungkin korang tak paham, tapi aku paham. aku cuba letak diri aku dalam keadaan diorg, aku cuba faham tindak tanduk diorg, aku cuba berhussnuzon.

secara keseluruhannya aku maafkan kalian, dan aku harap benda ni jadi pengajaran kepada semua warga PERMAI supya ia tidak berlaku lagi.

maaf

"untuk maafkan mungkin mudah bagi aku, tapi untuk aku lupakan, sila beri masa"



__________________________________________________________________

kedua,

SEM SOIFI.

bila nak masuk sem soifi, ramai yang takut sebenarnya.kelas banyak la apala.

tapi tak bagi aku. aku takut sebab ni la last sem aku dengan batch JUST09.

aku sedih, aku takut, aku malu, macam macam la perasaan yang bercampur baur, yang aku rasa susah nak bercerita .

macam-macam aku fikir,

nak ke batch JUST09 masih mengaku aku batch? nak ke batch PERINTIS10 terima aku sebagai batch tahun depan? batch JUST09 mungkin masih menerima, insyallah...

ah, susah lah, aku nak cerita benda ni, mungkin budak repeat lain paham kot ape yang aku rasa. yang tak tau tu, mungkin hanya boleh bayangkan. wallahualam.

najib cakap kat aku jangan fikirkan sangat, tapi maaf jib, aku tak boleh lari dari rasa sedih and sayu. sorry jib. aku cuba. harap korang semua dapat bagi aku support. enshaALLAH.

__________________________________________________________________

ye. mungkin korang nampak remeh, korang rasa tak patut, tapi ini perasaan aku, ni yang aku rasa.

buat seketika aku taknak keluar rumah pon , taknak bersosial dengan orang. lepas solat rasa nak lari cepat2 dari masjid balik rumah.

sedikit sebanyak benda yang terjadi, isu message PILIHANRAYA , isu SUMMER SEM buat aku inferior. buat aku hilang keyakinan.

buat aku jadi bukan aku.

ini lah sebab kenapa aku tak keluar rumah , ini la sebab ape aku tolak pelawaan orang nak lepak semua. beri aku masa, aku masih mencari kekuatan , aku masih cari pertolongan, aku masih cari semangat.

ya ALLAH , permudahkanlah. T_T


19 comments:

farid said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

-.- aiyooo brape kali mau ckp... kau byk sgt fikir bnda bkn bkn la.. kau suka sgt fikir bnde2 negative.. kau dah ckp psl bnde ni byk kali dah, dan jwpn ktorg ttp satu... tp kau seolah olah masih takpercaya ngn apa yg ktorg nk ckp...

apepn, kalau kau terus mcmni, kau rasa down sgt, kau jauhkn diri dari org,g kau bersikap mcmni, jgn smpai satu masa nnt, sesetgh org akan malas nk lyn dah ulya...

haihh...

Op uLyA said...

i told u , mmg ade yg tak paham. sorry la

Anonymous said...

kau mesti sedih aku dah jauh dari kau er?


kih kih kih

^_&^

Anonymous said...

Aku sokong aje dengan anon atas tu. Aku boleh agak sapa dia. Memang betul pun dia cakap macam tu.

Kalau kau rasa ni perasaan kau dan orang tak paham please jangan hantar link dekat facebook.

Sebab orang akan klik dan baca dan komen. Tapi macam takde guna dan membazir masa. Dah kau kata mereka tak paham apa yang kau rasa.

So cukuplah luahan hati kau dan kau sorang aje yang baca dan kau sorang aje yang paham.

ps: Luahan dalam blog sampai bila tak akan selesai.

Op uLyA said...

ak tau pun sape anon tu. dan klu xnk bce xya tekan.. aku letak situ bgi org yg tertanye2 maaf klu x suka

Op uLyA said...

btw, anon 1 dah tau crita sbenar. sila jgn terburu2

Op uLyA said...

susah la orang baca tak paham ni..

aku tak kata pon batch aku tak terima, baca la balik elok2. adyoyai..

Anonymous said...

aku rasa aku tau je, niat kau nak semua orang jangan ada salah paham dengan kau pun kan.

sebab post post kau yang lepas pun camtu jugak.

tapi kau kena ingat bro, kita tak akan pernah nak kasi tutup mulut orang atau nak orang lain fikir baik tentang kita,

kalau satu irbid cakap kau failed ke benda ke, nak buat camne. mulut orang. EVEN kau post entri macam ni pun, masih orang cakap pasal kau.

kalau kau nak cakap kau berhusnuzon pun, kau kena ingat adakah diorang pun macam kau? bila dah baca entri kau yang ini?

terkadang, orang lagi fikir "ulya makin lama makin emosi"

kau nak?

lebih baik kau hadam sorang sorang. memang hadam sorang sorang tu perit, tapi aku percaya satu lah weh,

Yang Allah tak akan pernah kasi ujian kalau kita tak mampu.

Kau patutnya bangga dengan diri kau bai, ujian yang kau kena.

sama ada benda tu kau nak amik baik atau sebaliknya.

kalau kau terus terus camni, menda weh. aku baca pun malas -.-


aku jujur je. aku nak kau faham. tu je.

_peace_

Op uLyA said...

terimakasih...

bg aku masa ;)

AMIR DAN AJA said...

ak bangga ko rilek je jawab pertanyaan dak2 ni ulya. kl nak komen, korang xyah pakai anon. letak nama betul. tapi ak sokong apa yang anon atas ni cakap, allah tak akan bagi ujian ntuk hambaNya kalau hambaNya tak boleh terima ujian tu. jadi ujian ni ntuk ko ulya. ko dah salu ade kat atas n sekarang ko kat bawah. ke depan ni ko akan naik balik. yang penting ko kne kuat. u still got ur friends. :) ure gonna be a strong guy in the future insyallah. :) -amir kimi

Unknown said...

ai rasa nak pukul je u ni..

mencik.

kakashi said...

=)

The feeling of loneliness

And dunno how to pronounce ourself; just09 ke just10, batch saya (batch mane?)

It is, verrry hard indeed


But then, inna ma3al 3usri, yusra

Surely, with each difficulty there is ease

Insha Allah =)

Go Ulya!

Najib Daud said...

pertama,

sebanyak mana sumbangan kau dekat PERMAI, kalau kau rasa orang tak nampak. jangan risau, Allah tetap nampak, Allah kira setiap zarah yang telah kau buat.

Allah bukan suka suka nak uji kau barangkali.

Allah buat jalan cantik sentiasa bagi setiap orang. percaya dan yakinlah.

kedua,

sukar nak kata, sebab aku sendiri tak alami apa yang kau rasai. aku rasa, anon yang cakap ni ada betulnya. tapi gaya dia cakap, tak tunjuk yang dia boleh masuk kasut engkau.

Namun, bagi aku sendiri, benda benda ni akan menjadi macam biasa kalau kau tak payah fikir sangat. percayalah, benda ini hanya gangguan emosi yang buat kau rasa resah sepanjang masa. sebenarnya tak bawa apa apa faedah pun kalau kau fikir lama lama. buat lagi sedih ada la.

nasihat aku yang tak seberapa ni, kurang kan pengasingan diri. sebab dengan asingnya diri kau, buat kau lagi fikir benda ni hempap jiwa kau.

sumpaah aku cakap, sampai aku mati pun aku akan cakap kau batch 09.

cuba setkan dalam diri kau, cuba fikir positif,

kau sekarang bakal memiliki dua batch. kau akan ada keluarga besar.

bila kau fikir negatif, kau akan trasa macam terbuang daripada batch 09, dalm wktu yang sama, inferior sebab, kau sendiri tertanya samada batch 10 akan terima kau ke tak?

ini semua bsikan entah pape je. abaikan semua fikiran negatif tu.
padahal, pada realitinya, takda pun orang terfikir macam tu. orang lain semua macam biasa je. walaupun mungkin rasa macam kehilangan la juga. tapi takde la rasa 'membuang' kau.

cuba fikir positif, kau tetap batch 09 walau apa pun berlaku, dan Allah
bagi kau bonus untuk serta batch 10.

tak nampak hikmahnya lagi? bersabarlah. ada punya lah! insyaAllah.

Allah uji kau dengan ujian besar besar, insyaAllah nikmat yang akan kau terima kalau kau sabar, surely lagi besar daripada ujian kau tu. tapi kena lah bersabar. kalau emo 3la tol, payah sikit kau nak nampak hikmahnya.

Allah bagi ujian dekat kita sebab Allah sayang kita.

tak semua orang kena uji macam kau kena uji.

itu yang speselnya.


dah jangan banyak songeh,
:P

ILYSM dude!


"Ya Allah, Tenangkanlah jiwa sahbat ku ini, janganlah kau bebankan dengan bebanan yang tak terpikul oleh dirinya, Tunjukkanlah jalan keluar diatas segala ujian yang telah menimpanya, Semoga dengan ini, beliau dapat menjadi hamba yang lebih bertakwa kepada-Mu"

ameen.

naz said...

ulya, jgn risau, Perintis10 is welcoming taiko hebat mcm kau. kecik tapak tangan aku, talam hadramaut aku hamparkan. keh3.

Anonymous said...

http://sekolahpilihanmasadepan.blogspot.com/2011/02/kisah-inspirasi-ali-bin-ibrahim-al.html

semoga bangkit kembali

Anonymous said...

Salam.

first, nak komen fasal repeat tu je. permai, takdak komen.

apa yang kau rase memang betul pun. rase down, takut, inferior. memang patut. dan bagi aku, budak yang repeat je yg faham. yang tk repeat tu, maaflah, memang korang susah nak faham.

kat sinilah banyak benda yg kita fikirkan. sampai buat kita jd org yang pendiam, bukan diri sendiri. dan aku rase bende tu.

tapi bro, aku ulang balik apa yg anon ckp, Allah memang tak akan bgi ujian sesuai dengan kemampuannya. sebab Alah memang nak hamba2 Nya present depan Nya nanti sesuai yg dia usahakan.

bro, kalaupun nak bersendirian jgn terlampau, sebab part ni lah syaitan paling suka nak masuk jarum. dah lah rasa down, taknak bersosial, nilah paling si syaitan tu suka. kalaupun nak jgk bersendirian, taknak bersosial, bersosiallah dengan Allah. tadabbur lah apa yang Dia bgi. itu lagi best ;) banyakkan sujud pada Allah. dlm sujud tu doa. doa banyak2. Allah dengar. kau jgn tinggalkan masjid cepat2, cuba stay sana lama2, tempat tu paling best nak rasa tenang. Rumah Allah.

bro, cuba fikir, sebenarnya kau tak layak lagi nak jadi doktor if kau grade sm dengan JUST09. dan mungkin inilah cara Allah nak bagi kau layak jadi doktor yg betul2 doktor. kalau Allah bg kau lulus sm mcm JUST09, dm msa yg sm kau tak layak, agak2 apa jdi dengan patient kau.

bro, kita deal dengan nyawa mnusia bukn robot. so org yng betul2 layak baru ble buat. jd Allah nak persiapkan diri kita ni untuk jd org yng layak.

senior aku pernah ckp, dulu kita selalu jd org yg cemerlang, tk pernah gagal. tp kali ni Allah bgi gagal sebab Allah nak uji kita. Allah nk selamatkn kita sebenarnya. selamatkan dari riak, sombong...

Allah atur cantik. kita siapa nak halang. except kita berusaha nak merubah diri kita sendiri, then Allah will do His job (13:11)

bro, Allah bgi kita chance. bukak mata besar2. repeat adalah satu peluang keemasan. cuba di hantar ya balik mesia, tak ke naya tu..

grab bro peluang tu. ni lah masa dia. masa untuk bangkit semula, menyusun balik kehidupan, jadi org yang baru dn fresh. bina balik diri yang hilang. jgn risau, kau tak sorang, aku dan ramai lagi tahu apa kau rasa. sebab kitorang pn dpt yg sama.

bro, kau bukak lah surah2 ni.

41;49
2:186 (bro, kau fokus on ayat Aku kabulkan permintaan. dan hendaklah mereka memenuhi perintah Ku dn beriman kpd Ku. doa makbul dgn syart ikut perintah Allah dn beriman)
67:2

tanyalh diri blik, kenapa kau nak jd doktor.

oh ya, aku letak anon, sbb memang kau tak kenal dengan aku. beribu batu jauh. Allah set kan aku jmp blog kau ni. dn semua yg aku tulis tu untuk aku sbenarnya.

Aku doakan yg terbaik untuk kau.

Innallah ma'anta.

Anonymous said...

Sometimes when we write, how to say
"No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me",Simple Plan
To my mind, I don't know why, call what you want, say what you wish, I'm not such an extremely pessimistic person neither unlucky person who always..what people call emo, "complaining", about life as if there's no happiness in my life, what u always tell me, we know ourselves better, and people might say, man stop it! I'm annoyed, if you know yourself better why you write it on facebook, why don't you write it just for yourself, for your own as you are the only that know yourself better, ain't that so true, but at times, I do wish, some of them will try to understand my situation, I try to look in front and wondered, can I survive in this uncertain road, looking back , no use to dwell on past mistakes, then I've just realized I see my best friend next to me =) , "If you didn't write it there, maybe I will never know what do you feel, yeah I don't understand you as you did, but at least I can say this to you, if you need anything, I'm besides you",THEY replied, verily that what keeps me here, this 'long' LOL such non-suitable words, btw we always welcome you =) perintis10 or whatsoever, all are the same, we ain't racist XD

ainshams said...

salam Ulya,
So sorry, akak baru taw lepas baca post awak ni.
Fa sobrun jameel~
yeah, its a normal reflex, take ur time. Whatever it is, hidup ini umpama roda & jgn berputus asa dgn diri & rahmat Tuhan.
Insya Allah akak doakan awak kuat & berjaya cemerlang.
wish me luck too~

special for u: http://mataamatberharga.blogspot.com/2011/05/hak-exam-dan-kemenangan.html