Saturday, December 31, 2011

~of new year and safety~


Assalamualaikum.

Its been quite sometime since i last posted on my blog, i realized that most of us (mainly my batch ) are getting tied with studies and such and there is just not so much time to blog anymore. seriously, go check out the other blogs, all dusty and not updated. well, that is how life is, sometimes you are as free as a butterfly, and sometimes just as busy as a bee.

Well, HAPPY NEW YEAR 2012 to all my friends all around the world , may this year bring lots of happiness to you and your families. try not to forget, that a year gained, does not only mean you gain a year to spend your days with things you love, it also means you gain a year closer to death and when that time comes may we all be prepared enshaALLAH.



_______________________________________________________________


The reason i felt like blogging today is just to give a piece of advice / opinion on one of the most most talked about issue here in IRBID .

SAFETY

Most of you are informed that i was chosen to be the head of aid and safety for the student association of Irbid for the 2011/2012 session.

Well, allow me to blog in malay since my message could be delivered more efficiently in my native tongue.

KECEWA

Saya cakap ikhlas, 2 3 menjak ni saya rasa dah kecewa. haih, penat . bile meronda malam ada sahaja akhwat yang takde murraqib keluar berkeliaran, dah lah takde murraqib jalan berseorangan atau berdua pulak tu.

tahun lepas waktu nampak JKK Kebajikan dan Keselamatan PERMAI asik marah-marah, dalam hati berbisik.
"relakslah, tak perlu marah-marah"

tahun ni kena dekat batang hidung sendiri hah, baru tahu rasa sakit nye.

saya bukan ape, tahun lepas orang kata AMM PERMAI terlalu garang, JKK KK terlalu pemarah. tahun ni saya muhasabah, saya cuba jadi selembut mungkin. taknak mengongkong sangat. saya cuba selami, saya cuba memahami hati-hati adik adik, kakak kakak saya ni, yang mana perlu saya bertegas, yang mana saya perlu berlembut.

siapa yang pernah kena marah dengan begitu teruk dengan saya? 1 2 mungkin, selebihnya saya
amat berlembut. cakap elok-elok, takde tengking-tengking.

apa yang jadi?

bila saya buat macam ni ramai pulak yang endah tak endah je cakap saya. orang lain cakap.

"kau ni baik sangat, marah sikit baru diorg tau takut."

saya endahkan.


saya tak peduli kalian takut atau tidak kepada saya, cukup sekadar menghormati tugas saya dan apa yang sudah digaris pandukan.

bukan kami saja-saja nak mengongkong. TIDAK!

bukan saya tak bagi keluar malam sekaligus. TIDAK!

kalau ada urusan penting silakan, tapi bermurraqiblah. kalau ada urusan kecemasan silakan, murraqib pun janganlah lupa.

apa yang kami mahukan adalah anda semua selamat.


MEMAHAMI:

saya banyak memberi ruang , memberi kelonggaran.
yang mana yang nak menaiki taksi berempat tanpa murraqib , walau berat hati melepas, saya izinkan.
yang mana nak keluar rumah ke kedai yang 10 tapak tu, saya kata ok lah, pergi tapi dengan syarat pergi sekurang-kurangnya 4 orang.

masalahnya sekarang,
bila saya beri kelonggaran macam ni, ramai pulak yang ambil kesempatan.

Saya tak kata BOLEH keluar jalan-jalan pada waktu malam tanpa murraqib kalau berempat. saya kata, kalau nak pergi ke kedai / rumah kawan yang jaraknya tak smpai 100 meter tu boleh lah tapi hati-hati pergi secara berkumpulan. yelah, duduk dikawasan duar kubbah, nak pergi rumah kawan bangunan sebelah, kalau panggil murraqib nak tunggu 1/2 jam lagi. memang ada rasa tak patut lah.

tapi yang keluar pergi jalan-jalan kat syari jamiah 3 -4 orang tanpa murraqib selepas lewat malam tu kenapa? tak faham ke ape saya cuba sampaikan?

saya sudah cukup fleksibel dan sudah cuba untuk memahami.
kenapa anda tak boleh memahami saya pula?

SELEPAS WAKTU QARAR, ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK KELUAR RUMAH LAGI.
Kita cuba fahami waktu qarar yang telah diletakkan. hakikatnya kalau anda mahu keselamatan anda terjaga, patuhi. bukan waktu qarar yang diletakkan itu nak buat saja-saja.

kalau benar-benar PERLU dan ada KECEMASAN, keluarlah. tapi bermurraqiblah. kalau rasa hanya perlu keluar untuk beli susu sejat satu tin, tunggu beli esok aje lah. bukan itu keutamaan.
malang tidak berbau.


"every little piece of understanding, would create the greatest masterpiece of all, so understand others"

ADAB:

ada pula saya dapat komplen. murraqib lambat, murraqib nak sekarang, dapat 30-45 minit.
murraqib tak efficient.

macam ni lah saya simpulkan.

anda ke sini buat apa?
belajar bukan?
jadi anda ada masalah-masalah anda sendiri. betul?
ada masa anda nak study, ada masa anda nak spend time dengan kawan. ada masa anda nak masa privasi.

ok, bayangkan ada orang call waktu korang tengah duduk bersembang dengan kawan-kawan.
" hello, saya nak mintak tolong amik saya dari hijazi nak ke masjid tal, saya nak sekarang."

apa yang korang rasa? kita tengah syok sembang-sembang atau study , tetibe orang call DEMANDNYE NAK SEKARANG.

marah tak?

syabab tu pun nak kena planning masa, nak hi hi bai bai kawan-kawan dye jugak nak bersiap-siap lagi. berilah masa sikit.
ni syabab tu lambat sikit dah komplen , marah, tarik muka.
kita MINTA TOLONG, buat cara kita MINTA TOLONG.

bukannya syabab syabab ni ada gaji nak murraqib. besar rahmatlah diorg agree nak tolong tu, tapi please be considerate.

mintak ATLEAST 1/2 jam sebelum nak keluar tu . FAHAM?

"orang berbudi kita berbahasa"

terimakasih. itu sahaja. cukup melegakan hati seseorang. kadang-kadang kita dah penat manapun, bila orang ucap terimakasih, terus tersenyum ,hilang segala penat.

"COURTESY " BAK KATA ORANG PUTIH.

ingat kita semua manusia.

"courtesy is also one of the best policy"

TAKUT MENYUSAHKAN:

ada pula orang kata , takut nak menyusahkan syabab.
dan ada pula yang kata, takut nak menyusahkan pimpinan.
fahamilah, isu menyusahkan atau tidak itu tidak timbul kalau anda meminta dengan elok, dan berterimakasih sebaiknya.

syabab ni sentiasa sedia nak berkhidmat, tapi perlulah beri masa.

sedar atau tidak sedar kalau kalian tak mintak tolong lagi akan menyusahkan pimpinan jika (nauzubillah) anda ditimpa kecelakaan. nak pergi ke balai polis, nak pergi ke mahkamah. semua itu bukan mudah. semua itu mengambil masa yang banyak.

bukan mengeluh, tidak sama sekali. itu memang kerja kami dan kami akan laksanakan sebaik yang mungkin. tapi andai kata anda tak mau susahkan kami dengan begitu banyak, cuba elakkan perkara-perkara tak diingini dari berlaku. hah baru la betul-betul tak menyusahkan.

jadi untuk mengelakkan perkara yang lebih berat, baik kita berjaga-jaga sebaiknya. cuba elakkan.

lagipun.

" prevention is better then cure"



SYABAB:

Yang syabab, nasihat saya mudah.
berlembutlah. menegur sebagai mana kita mahu ditegur.
geram memang ada, tapi sabar itu lebih tinggi nikmatnya. jiwa senang orang senang.

saya harap selepas ini, tak mahulah dengar dengar syabab tengking-tengking akhwat dengan sewenang-wenangnya.

marah itu ada tempat dan batasnya. kalau benar perlu dimarah. marahlah. tapi jika kesilapan itu kecil , adakah adil amarah itu dilepaskan dengan begitu teruk?

lihat mereka sebagai adik-adik dan kakak-kakak.

suka saya petik satu hadis,

[[dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu
dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari
tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang
paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan
dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu
pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim) ]]

slow slow brothers. help them out. bukan nak bagi diorg sakit hati. tidak, bagi mereka dapat message yang anda nak convey.

tapi bukan saya kata syabab tak boleh marah ye. cuma kena pada masa.
__________________________________________________________________

maaf andai tulisan saya hari ini tidak menepati apa yang kalian rasa,
maaf andai cetusan pemikiran saya ini membawa kemarahan kepada anda semua.

niat bukan untuk marah, niat untuk menasihati.
ye, saya sedar. ini tugas saya, dan saya sepatutnya bersedia sewaktu menerima perlantikan jawatan ini.

tetapi personaliti saya , saya lebih suka meluahkan dari berkata belakang.
mudah, semua orang faham . saya pun takdelah terasa marah dan dendam.
ingat. kita semua manusia. kita semua pelajar.
masih banyak lagi ruang untuk penambah baikkan,
andai kata saya salah, tegur , andai kata anda salah, saya tegur.

reminding you to remind me.

:)

apa-apa pun, ini sedikit ingatan dari kami:

banyak sudah kes kes yang berlaku, dari kes merompak hingga kes sexual harassment.
jadi? apa tindakan kita? masih mahu meneruskan perangai yang lama?
masih degil dan keras kepala?

tepuk dada tanya hati selami diri.

wallahualam.


10 comments:

-hazen said...

With great power comes great responsibility

Sabar Ulya. Selagi bekerja lillahitaala, biarlah orang buat tahi pun, pahala kau dapat.

Anonymous said...

:) terima kasih ulya. atas smua usaha yg tiada tara bndingannya :)

Cidak said...

kami top-top friends sentiasa berdiri teguh dibelakang ulya..

qweenmyra said...

terima kasih untuk peringatan ni bro ulya

tio said...

baca artikle ini

http://nadhiislamic.blogspot.com/2011/12/ranjau-jordan.html

Liyana. said...

thanks ulya...
macam baca bapak2 pesan kat anak..
lepas ni,boleh jadi muraqibphilic..heh

*err,biasanya,tengah2 aku jalan barulah waktu qarar...

dadidu. said...

nice post ulya!

ciput, jangan bahaya benar istilah 'muraqibphillic' tu. perlu disyarahkan tu. hehe

riff rahim said...

thanks semua encik2 muroqib!

satu je lah nak kata kat sape yang tak suka bermuroqib tu, bila Allah dah tarik nikmat 'feeling safe' tu, baru tau penting tak penting muroqib ni.

Anonymous said...

pemahaman kitaorang(akahwat) kwn saya yg cakap, kalau sebelom waktu qorar takpe keluar tanpe muraqib. 'ala takpe... belum waktu qorar lagi takpe keluar tanpe muraqib'' so i jus ... sebab tu buat biase ,

anjangmuor said...

Tq Ulya, sedang memahami keadaan dan suasana...