Thursday, December 30, 2010

~bertemu dan berpisah~

Sebelum ini aku hanya mampu mendengar kisah-kisah ayahku sewaktu beliau masih di RMC.

aku tak paham, apa yang dibanggakan sangat?
apa yang disukakan sangat?
apa yang disayangi sangat dengan tempat yang penuh dugaan tu?

mungkin orang luar cuma dengar kisah-kisah hitam,
mungkin orang luar cuma mahu percaya dengan hebahan kosong dari media ,
mungkin orang luar cuma memahami, RMC = tempat lahirnya golongan daif dan kasar.

aku tak salahkan mereka,
mereka cuma mendengar cerita luaran, mereka tak memahami keadaan sebenar yang dilalui "putera" RMC nun di bukit bandar Sungai Besi itu.
aku tak salahkan mereka,
kerana sebelum itu aku pun sama naif percaya pada sesuatu dan berkata-kata tanpa sebarang usul periksa.

apabila aku membuat keputusan untuk kesana, aku yakin dan percaya aku pasti temui jawapannya.

tetapi tidak. tahun pertama pengajian hidup kami putera baru bagai neraka. buat seketika aku terduduk dan aku tertanya, "aku tersilap buat pilihan ke?"

setiap kali aku terlihat telefon awam yang tersangkut didinding block c itu, tanganku menyeluk kocek mengira duit syiling yang ada. semakin aku melangkah menghampiri telefon itu, ayat ayah aku mula bermain dalam fikiran.

"its your choice, if you go to ASIS, im sure you'll be a straight A student, if you go to RMC its about learning to become a man."

A MAN. kata ayahku. terus aku simpan duit cuba kuatkan diri menempuhi dugaan yang menanti.


tahun pertama aku tempuhi dengan penuh cabaran dan dugaan, hanya kesabaraan yang menjadi senjata utama aku setia melayari bahtera di RMC.

tahun pertama tak mungkin aku lupakan , tahun yang mengubah hidup aku, tahun yang membina peribadi aku.

namun semuanya tak ku fahami , bagi aku sewaktu itu, latihan dan "ragging" oleh senior cuma sekadar seronok dan bodoh semata-mata.

tetapi aku sabar, dan akhirnya aku faham, akhirnya aku sedar dan akhirnya aku CINTA akan RMC.
___________________________________________________________________

Pagi itu aku terjaga sejurus mendengar azan subuh.
senyuman jelas terukir dimukaku.

"Ya, ini adalah hari terakhir aku di sini, hari terakhir aku di "penjara sungai besi" ."

aku mengambil baju number 4 A aku yang licin di gosok semalaman, barret berserta bulu merah yang berdiri segak ku pakaikan di kepala ku, kasut kawadku disarung dengan penuh cermat.

aku pandang seketika di cermin sambil tersenyum bangga dengan diri kerana berjaya menamatkan latihan di RMC.

dibelakang padang kawad dilindungi bangunan akademik tingkatan 4, putera-putera bersiap sedia, yang pemegang pangkat erat memegang pedang, putera kanan yang lain pula segak menyisip M-16 disisi, rapi !



Kami mengatur langkah mengikut kiraan, memastikan kanan dan kiri tidak bercelaru. mengangkat dagu, tegakkan badan.

1, 2, 3 , 4..
1, 2, 3, 4..

"angkat kaki, lutut paras, hentak padat , jangan malas.."
suara che ka masih terngiang-ngiang ditelinga.

dengan segaknya para putera berkawad diiringi lagu tema tentera darat yang dimainkan oleh ahli pancaragam .


selesai lintasan hormat , kami mengambil tempat masing-masing. di tengah padang kawad disusun mengikut kompeni alpha, bravo, charlie , delta, eagle, foxtrot , golf dan hotel. peluh mula membasahi pakaian seragam kami, hati semakin berdebar menunggu saat kawad keluar padang.


tidak lama kemudian arahan diberi, yang di sebelah kiri pusing ke kanan dan yang kanan pula pusing ke kiri. kami bersemuka antara satu sama lain. wajah kekal macho menahan terik panas, menahan lenguh kaki, menahan pilu dihati.

drum roll lagu "bertemu dan berpisah " sudah bermula, langkah mula diatur satu persatu....
kami berjalan mengikut barisan sambil lirik lagu kami ungkapkan dengan penuh semangat.

perasaanku ketika itu tak mungkin aku ungkapkan , begitu indah begitu puas namun tetap bersedih. aku mahu tersenyum bangga dengan diri namun air mata bergelinang di mata. aku sudah tak dapat menahan aku biarkan ia mengalir. aku biarkan ia membasahi pipi tetapi wajah ku kekal serius.

tetapi disebalik keseriusan wajah , aku pasti ramai yang menangis didalam hati .mengenang kisah suka duka kita di maktab yang disayangi. memori-memori silam mula terpancar, gelak ketawa rakan mula bermain di telinga, aku tak mahu meninggalkan tempat ini, aku tak mahu meninggalkan batch aku, skuad aku,pegawai, staff, guru-guru . aku pasti merindui kalian!
aku pasti!

akhirnya kami melangkah keluar dari Pintu Munip, pintu yang menjadi kayu ukur tamatnya latihan kami semua di RMC, pintu yang membenarkan kami membawa gelaran OP.


aku mencari skuadku, aku peluk satu persatu, kalau boleh tak mahu aku lepaskan. biar air mata membasahi bahuku, tapi aku sayang kalian bukan sahaja sebagai sahabat, malahan seakan-akan keluarga..

namun benar , SETIAP YANG BERTEMU PASTI AKAN BERPISAH~


____________________________________________________________________

akhirnya kami sedar, apa yang diajar ada sebabnya, apa yang diajar ade rasionalnya, apa yang diajar pasti ada hikmahnya.


apa yang kami tempuhi semua demi membina jati diri, melahirkan insan yang mantap peribadi.

Oh RMC, kau mengajarku erti hidup, kau mengajar aku erti berdikari, kau mengajarku lebih berdisiplin, kau mengajarku erti persahabatan yang sebenar...


TERIMAKASIH
SEMOGA NAMAMU KEKAL UNGGUL DAN DISANJUNG TINGGI
____________________________________________________________________



HAPPY BELATED OP DAY (24TH DECEMBER)
FOR THE OLD PUTERAS OF THE YEAR 2008
REGARDLESS OF OUR DIFFERENCES
FORTS OR EVEN REXOS
WE ARE STILL THE OP FAMILY.

___________________________________________________________________


ps:
yatta , syawix,alip, petak, deris, kuda, ainul,akmal,salam, ketam, paiz, kaduk, shamsol,keri, muqit, syapiq.

sumpah aku rindu gile kat korang.. semoga masing-masing selamat dunia dan akhirat.:)



Friday, December 24, 2010

~of winter 2010~




ceh tajuk ala-ala literature PMR, yelah orang kata result baru keluar, idea masih fresh, alhamdulillah result gua ok je, dapat top student malaysia overall. terimakasih kepada mak ayah, guru-guru, kawan-kawan dan semua lah yang tolong gua capai objektif.

ceh MIMPI!

hari ni lepas solat maghrib gua dah telentang tido, gua tahu jahil sangat tido lepas maghrib tapi gua penat lah bradeh!

anyhu, alhamdulillah bangun kul 9.30 kalau tidak compem gua telepas isyak heh!

ok lupakan dan amik teladan, jangan tido lepas maghrib nanti lu orang tak ley tido satu malam . haha.

gua buat blog atas 2 dasar, sampaikan fikrah dan update tentang hidup gua di sini dan so far perjalanan hidup gua di winter taun nie sangat seronok sekali. =)

memula winter sumpah datang lambat, gua dah hilang semangat, gua ingat tak mau winter dah, orang kata banyak buat dosa lah, global warming lah apelah, tapi papepon kita serahkan kepada ALLAH . hanya DIA yang mengetahui segala.

gua nak update pasal hidup gua kali ni dengan mudah dan cepat, supaya tak bazir masa. orang kata sampai point cukup sudah.

1. gua habis exam 2nd dan tak lama lagi final~
2. salji sudah turun. woot woot. ^_^


3. gua menang debat 1 Malaysia .


4. selesai tugas gua jadi 3 biro program skali gus.


5. glee episodes tuk tahun nie dah abes.
6.barbeque batch MEP09 berjaya dengan lancarnya. hehe

nak cite satu-satu gua takut sampai esok tak abes. gua tunjuk gambar sikit-sikit sudah ye dak?

ps: nie memang kes pemalas nak update blog sbenanye. hahaha tapi next post insyallah gua cite sikit fasal Chirstmas pulak. hah jangan nak pikir serong dengar gua cite baru lu orang buat keputusan.

Wednesday, December 1, 2010

~glee~


nampak tajuk? hah dah diam . tahan sikit gelak tu.

memang gua tau, budak rmc kan. jiwa kasar kan.. tapi tengok glee.. APAHAL?
gua ngaku akhir-akhir nie gua memang jadi pengikut setia glee...
jadi gua nak defend diri lah orang kata biar orang tak salah paham kaan!

ye memang gua rmc, dan tetap lelaki perkasa keh3. tapi minat gua kat music-music macam ni sbenanye dah lama dah. tapi gua jenis memilih sikit. sumpah gua tak suka high school musical. sebab cerita dye takde motif dan gua rasa jauh dari norma kehidupan.

ehem. memang bak kata chalok time gua tengok, kadang-kadang gua terperasan suara gua sedap.

persoalannya , kenapa gua minat sangat? haaaa...

___________________________________________________________________

dulu-dulu time gua zaman muda-mudi gua masuk international school. soo time gua kecik-kecik penah pegi audition untuk theatre musical "sound of music" (bukan movie dye, theatre sahaja).
time gua kecik suara gua sumpah tinggi. orang kata ala-ala suara opera . waktu tu pon comel lagi dan english aku berloghat gile.

waktu audition tu gua dapat part kecik kecik. yelah orang kata budak kecik dapat watak kecik.
dulu gua pegang watak si KURT VON TRAPP

(hah ni lah kurt, watak yang gua pegang dulu)


(yang nie plak contoh salah satu video lakonan theatre "sound of music" skolah ape gua tak tau)


Kurt ni anak ke-4 dari 7 beradik. sewaktu tu kulit gua cerah sikit (time blakon kena bedak banyak la sikit dari mat salleh asli.) dari skarang dan rambut gua lurus siap ade bang smpai ke bulu kening. SERIOUS. nanti gua upload gambar gua time kecik-kecik bila balik mesia nanti.

pape pon.. lepas je dari gua blakon pementasan ni. gua dapat watak-watak dalam theatre "little shop of horror" dan juga "the lion king" musical.

time tuh, skolah gua punye theatre club sangat hebat dan terkenal. bermula dengan rancangan jemputan dekat singapore tv. pastu kitorg dapat masuk satu rancangan dekat us. gua pon tak ingat nama dye ape. tapi penah lah kena interview ape bala semua..

pergh.. time tu sumpah gua kerek gila. yelah umur baru bape dah masuk tv, sapa tak seronok? heh.

time tu, hah awek-awek peru, austria, france , german semua mula kenyit-kenyit mata kat aku.
skang nie member-member yang skali dengan aku. 2 orang dah jadi artis dekat negara sendiri. yang lain tu ntah kemana bertempiaran. tapi ok la kan?
____________________________________________________________________

hah . tu zaman dulu, tu zaman muka comel, rambut fringe sampai ke kening, kulit cerah bak latin, dan yang paling penting suara gua tak pecah lagi.

tapi skali-skala gua tengok glee, gua nak gak bayangkan gua punya suara sedap lagi, time gua innocent lagi..

soo ye gua bukan baru bina minat. memang lama dah gua minat. jadi tak salah kan skali-skala nak ingat zaman-zaman silam?

ps: gua tau ramai yang angkat kening tak percaya. nanti gua janji, balik mesia , gua scan bebanyak gambar letak dalam blog biar korang tahu haha.