Saturday, March 26, 2011

~tak paham~


tak sampai 24 jam aku post pasal seniors(klik disini) , macam-macam respons aku dapat.

cop kejap.

yang positif tu offcourse aku tak kesah yang sebaliknya tu. aku tak tau nak classify as negatif or undecided.

sebab seolah-olah korang discourage aku.

apa? marah? tak puas hati yang aku cakap batch kita nie bila sembang tak berunsur ilmiah, tak matang. macam tu? masalah nie bukan la kat batch kita je. aku rasa semua batch ade camni, tapi tu lah, lets be different lah.

come on la friends. open your eyes

YOU KNOW ,THAT I KNOW, THAT YOU KNOW ,THAT I KNOW, THAT YOU KNOW, BUT YOU ACT ,AS IF, YOU DONT KNOW ,THAT I KNOW, THAT YOU KNOW, THAT I KNOW, THAT YOU KNOW.

stop kidding yourselves. memang la aku tak nafikan ada la masa-masa aku sembang dengan korang benda-benda isu berilmiah. especially kalau lepak dengan budak rumah FURQON. jadi jangan la amik personal. aku cakap in general. dalam 10 gathering ramai-ramai, maybe sekali 2 je yang betol-betol ade nilai tambah.

aku bukan nak jatuhkan batch aku sendiri.. sila paham.
ini cara aku nak tegur mereka-mereka yang tak duduk dalam satu group, yang tak berbincang benda-benda isu semasa. sila la paham sebab skarang ni aku dah tak paham kenapa respons korang macam .. macam.. macam tu lah.

sangat sedih kalau orang tegur dengan cara macam ni pon tak boleh. most of all aku nak AJAK KITA SOCIALIZE with the people around us.

ok kalau aku salah, maafkan.

korang ingat ape? aku nak ampu senior? ape aku dapat?

you know, for a batch with many similarities with me, i find it offensive seeing the fact korang tak paham lagi aku. 0.o

yela. maybe korang tak berada kat tempat aku. aku mintak maaf kepada MEJ09. dan dengan kesal sampai skarang masih tak paham aku lagi.

salam sayang dari aku yang banyak salah. =/

nak stick dengan opinion korang silakan. tapi yang aku tahu. i have no hard feelings despite your negative perception towards me.

KENAPA NAK AMIK PERSONAL? WALHAL AKU CAKAP SECARA GENERAL, TAK ATTACK IN SPESIFIC.

"ada 1001 cara nak bersangka baik, korang kena pilih satu je"



___________________________________________________________________

ps: aku dah cakap. yang post "seniors" tu self monolog. takde niat di hati nak salahkan mana-mana pihak, sebab aku sendiri pon masih tak cukup matang. maaf lagi skali.

ps2: baru sembang dengan beberapa orang batch kita pasal nie tadi dan aku dah agak dah respon seperti ini mesti ade. tapi aku tak sangka la datang dari "kau" , ye "kau" yang aku anggap dah paham SANGAT dengan aku.

ps3: MINTAK TOLONG YANG NAK RESPON POST NI, JANGAN ANON, SILA CAKAP FACE TO FACE.


Friday, March 25, 2011

~Seniors~




salam,

entri kali ni sangat bersifat self monolog,
mungkin ada yang akan paham , mungkin ada yang tidak,
tapi secara jujurnya aku cakap ,
dalam masa 2 , 3 bulan lagi aku pasti merindui senior-senior tahun akhir.

bukan apa, aku rasa, senior tahun akhir nie banyak beri impak pada aku,
tak kesah lah jelas atau tidak,
jauh dalam sudut hati tu , aku rasa adil aku cakap aku agak sayang dengan mereka.
mungkin kerana aku tak penah merasa ada abang , dan mereka menjadi substitute .

mereka yang banyak beri panduan,
yang banyak beri pendapat,
yang banyak beri nasihat.

bagi aku, hidup masyarakat di Irbid ni tak lengkap tanpa kehadiran mereka.

mungkin aku bukanlah yang paling rapat dengan mereka, tapi bagi aku, mereka merupakan satu contoh yang sangat baik dalam memberi aku semangat meneruskan perjuangan sebagai student dekat jordan.

kisah-kisah zaman mereka muda, cara pemikiran mereka, malahan cara pergaulan mereka sangat aku kagumi.

bukan mudah dah tua-tua tapi masih mampu nak berkomunikasi dengan golongan yang masih belum matang seperti kami. yang paling aku kagum adalah waktu mereka sanggup duduk bersama-sama "adik-adik" menyampaikan pandangan, membincangkan pendapat, sambil memberi nasihat. serious aku cakap tak banyak yang sanggup.

setengah orang mungkin rasa satu gap yang besar,
kata mereka, segan lah, malu lah, tak satu kepala lah.

tapi aku persoalkan, kalau dah kita tak kenal orang tu macam mana kita nak tahu cara nak bergaul?
jadi apa kata kita amik peluang baki baki bulan yang tinggal ni,
sementara diorg ada, kita sedut ilmu-ilmu, kita kumpul nasihat yang boleh membina jati diri kita.

serious walau mereka nampak huha huha kat depan tapi diorg nie banyak ilmu yang kita boleh amik dan amalkan. cara berfikir, cara mereka melihat dunia dari sudut perspective orang yang dah matang.

bagi aku, mereka sangat hebat. sebab mereka mampu buat diri aku yang rather rebelious ni untuk menyertai program yang mereka organize.

tapi aku agak sedih,

ye lah, mereka usaha nak sampaikan buah fikiran kepada adik-adik, tapi kita tak support, yang pegi beberapa kerat je. cuba kalau kita amik masa sekejap, duduk dengan mereka bersembang . tak kesah la sembang kedai kopi ke atau secara formal. aku pasti sedikit sebanyak pasti ada ilmu yang kita boleh sedut.

jadi aku harap kalau ada program seterusnya kita pergi lah ye . aku dengan sepenuh hatinya menyeru semua ahli PERMAI. kalau tak pon, atleast batch aku boleh mulakan dulu.


satu perbezaan aku tengok bila bercakap dengan mereka,
mereka kalau dalam kumpulan mesti sembang benda-benda yang berilmiah, dari segi isu semasa ke, atau dari segi pengetahuan agama. isu isu lain tu blakang kira lah kan haha.

tapi kita?

kalau sembang , hah, keluar pasal akhawat lah, pasal game la, pasal hanset la. tak membina langsung! tak pernah aku duduk sama-sama rakan sebatch bincang isu yang berguna. semua nye isu yang "sementara" sahaja.

harap-harapnya aku teruslah bersemangat nak mengenali mereka dengan lebih mendalam.


jadi kepada senior-senior yang bakal grad tu, aku ucapkan tahniah. tahniah atas pencapaian, tahniah atas kejayaan dan selamat berjaya sebagai doctor dan doctor gigi .
terimakasih juga atas nasihat, teguran dan juga perkongsian ilmu yang aku dapat selama ini.

i wish i had more chances to get to know you guys better .

ceh! post macam diorang nak pegi dah. tapi takpela, aku cuma sampaikan pandangan. kalau ada yang tak setuju maaflah.

salam

bai, nak tido!

ps: serious tak tahu, macam mana keadaan irbid lepas ketiadaan mereka, pasti terasa bukan?

Friday, March 18, 2011

hussnuzon



waktu aku pijak bumi jordan ni,
waktu tu lah aku pertama kali dengar perkataan ni.

simply means bersangka baik.

aku malas nak sembang panjang-panjang.
tapi aku cuma nak sampaikan hasil perbincangan dengan group usrah PINTAR aku

"saje nak claim pegi PINTAR lettew", kata landak gua,

"lu diam, gua sepak lu karang".

bukan pe . kadang-kadang betol gak, kita suka sangat menghukum orang tanpa usul periksa.
suka sangat burukkan member-member, walaupun member tu buat salah sikit.

kita lupa, orang nie memang suka tengok keburukan orang lain, lumrah manusia, kalau kertas putih besar pon kita nampak titik hitam yang cenonet kat tengah tanpa menghiraukan bahagian putih yang lebih besar.

benda buruk sikit memang orang nampak, benda baik banyak tak penah orang nampak.

so what should we do? why dont we just be optimistic, bersangka baik, hussnuzon.

kalau dye buat salah dan kita tau hakikat benda tu salah, kita tegur, agak-agak kita tak pasti, kita bersangka baik. takde ruginya pon kita bersangka baik.


suka juga dengan kata-kata hanif:

" ade 1001 cara untuk bersangka baik, kita cuma perlu pilih satu"

pahala dapat, dosa dielakkan. wallahualam.

ps: saje post bermanfaat sikit, tengok blog dah semakin lagho.. pergh!

Wednesday, March 9, 2011

Landak



aku bela landak.

tak jinak lagi.

comel

tajam.


dan yang paling penting pemalu macam aku. pergh!


landak nie ade 2 jenis.

1.hedgehog


2. porcupine



dekat mesia ade spesies porcupine je. soo bagi aku tak comel la.. aku bela hedgehog dan rupa dye sejibik macam yang pertama.

dye pandai berak . tak berak merata plus dye sangat manja kalau dah biase dengan bau tangan kita.
:D

kalau dye malu dye jadi camni:



kalau dye pegi umrah jadi camni:

kalau dye marah jadi camni:



jadi lu jangan main-main sama gua. nanti landak gua tembak baru tahu!

ps: nama dye pak jabit. aku salahkan hantu kak limah balik rumah!