Monday, April 25, 2011

~Pilihan Raya PERMAI~


salam,

beberapa hari lepas,
aku baru nampak nama aku tersenarai sebagai calon AMT Permai.

aku memang tak sangka ada juga orang beri kepercayaan kepada aku.

asalnya aku ingatkan nak tolak pencalonan, tapi setelah dinasihati beberapa orang rakan, aku buat keputusan untuk berani dan berserah segalaNYA kepada ALLAH.

aku tahu, ada yang risau akan pelajaran aku sekiranya aku terus dengan hasrat aku.
tapi insyaALLAH aku akan buat yang sehabis baik SEKIRANYA aku terpilih.

bagi aku, pelajaran dan tanggungjawab persatuan tidak patut wujudnye satu pertembungan ,
tahun lepas, waktu pelajaran aku jatuh pon, aku sedia berkata, bukan kerana persatuan, tapi kerana diri aku sendiri waktu itu ada masalah dalam menerima dan menyesuaikan diri di Jordan.

aku cukup tak suka waktu tu . memang nak rebel je dalam hati. tapi takpe lepas beberapa lama, alhamdulillah aku dah menyesuaikan diri malahan menyintai tanah anbiya ini. tidak lupa juga, berkat pertolongan kawan-kawan alhamdulillah pelajaran aku pada tahun ini cukup stabil.

lepas tercalon, satu hari aku duduk berfikir.

agaknya kenapa orang nak calonkan aku. mahukan perubahan? itu perkara utama yang dikatakan.

insyaALLAH kalau aku terpilih, aku akan cuba membawa satu transisi kedalam masyarakat PERMAI kita.

TAPI!

kalian harus sedar, yang jawatan President PERMAI tidak sesuai dengan aku. aku masih belum bersedia, dan sekiranya ada orang mencadangkan aku sebagai President pon, aku taknak kerana president itu berat tugasnya.

kalau benar-benar nak undi, bagi AMT pon cukup,tapi kalau takdapat AMT pon , aku tak kesah sebab ada macam-macam cara kita boleh tolong Persatuan. bukan sahaja dengan memegang pangkat.

hakikatnya

"hebatnya sesuatu persatuan bukan kerana President mahupun Kepimpinan sahaja, tapi kerana sokongan dan idea dari masyarakat setempat"

~Apa-apa pon yang terjadi , aku yakin adalah yang terbaik di sisi ALLAH.~

___________________________________________________________________

disini aku juga nak mencadangkan beberapa orang yang aku rasa sangat cantik kalau menerajui pimpinan PERMAI.

kalau nama yang takde tu, bukan tak suka, harap paham.

syabab:
1.Wan Muhammad Najib
2.Hidayat Hasni
3. Sahel Nordin
4. Izaan Azlan
5. Hatta Razian

aku tulis macam ni je, tulis lebih2 nanti orang kata nampak berat sebelah.

ini pandangan aku, kalau mereka naik bagus, kalau tidak takpe. yang lain pun cukup berkaliber dan pasti elok juga, kalau tidak takkan tercalon ye dak? apa-apa pun yang terjadi adalah yang terbaik dariNYA.

ramai tanya status aku macam mana?

nak ke tak nak?

jawapan aku ,

tak kesah , takde rasa nak sangat, dan takde rasa tak nak sangat. kalau diberi amanah akan aku jalankan sebaik mungkin, mendengar suara masyarakat dan lakukan apa yang terbaik mengikut perbincangan. insyallah. kalau tak dapat takpa, aku masih aku, Ulya yang dulu dan tetap akan cuba menolong persatuan dalam apa cara sekali pun..

CUMA PERINGATAN SEWAKTU BERKEMPEN,

sila jaga hati kawan-kawan.

mudah .

tak suka diam, suka pun diam. jangan sibuk nak pilih calon idaman, kawan-kawan kita ada yang terasa hati .

wallahualam..

Monday, April 18, 2011

RE: budakdentist, ~Chapter 135: kami ja la yang jahat.~

POST INI ADALAH RESPONSE KEPADA BUDAKDENTIST (KLIK DISINI)


niat bukan nak naikkan diri, niat cuma nak meluahkan isi hati , niat juga bagi mengingati.

__________________________________________________________________________

“A proud man is always looking down on things and people; and, of course, as long as you're looking down, you can't see something that's above you."


i dont know the issue,
but i choose not to know for the time being,
it may trigger a spark in me,
which no one would like.

but i guess, more or less, i do know whats going on.

you see ,
stereotypes was, is and always will be a problem.

once you see someone different, once you see someone irregular or weird,
we tend to make decision and assumptions.

i understand, the first impression is what counts,
but what happened to dont judge a book by its cover?

ni la masalah orang kita, tak kira la, kat tanah air ke, kat overseas ke.
kita suka perlekehkan orang, berdasarkan apa yang kita nampak.

tapi adakah apa yang kita nampak tu, cukup nak buat satu konklusi dalam menyatakan bagaimana peribadi seseorang? atau dalam isu ni, peribadi batch.

aku pun turut kecewa. ye lah, aku tahu, budak batch 1991 seluruh dunia tahu, budak-budak kita nie memang pelik sikit. macam2 ragam, macam-macam karenah. tapi kepelikan kita ni la yang buat kita semua jadi Unique.

ramai orang pandang rendah dekat batch kita, yela, macam "budakdentist" cakap. kita kan nakal sikit, takde la siqoh mana.
tapi yang buat tanggapan tu, dah kenal dengan betol ke budak batch kami?

beri masa, beri peluang, tak suka, tegur, cakap.

kami bukannya rebelious sangat sampai taknak dengar nasihat, tak nak amik pendapat.

apa yang kami buat selama ni, especially dekat jordan ni, nak menjaga hati orang ramai. kami cuba, nak jaga hati, cuba nak puaskan hati semua. tapi yang hati kami? ada orang penah nak jaga?

just because we are different, doesnt mean we are THAT bad.

nak cakap pasal stereotype? nak cakap pasal kesesuaian? haaaa, meh sini aku cerita sikit, cerita yang penah aku lalui.

kalau korang rasa, susah nak sesuai kan diri dengan batch yang 'nakal' sikit,
macam mana plak orang yang nakal sikit ni nak sesuaikan diri dengan environment yang serba serbi berlainan dengan cara perwatakan dan persekitaran yang berbeza dari zaman persekolahan? tak ke susah juga?

aku tunjuk contoh,

aku dari MTD. MAKTAB TENTERA DIRAJA. memang pelik sikit environment kat sana, kasar, tegas. kadang-kadang dalam alam tentera ni, mencarut pon dah jadi perkara norma. cara percakapan, hah, memang ganas betol la.. memang lain dari sekolah lain.

waktu kitorg dapat tau , maktab nak buka peluang ke timur tengah semua takut. takut kenapa? takut laa sebab nak dok di kalangan orang-orang alim, orang-orang siqoh. kitorg ni layak ke? boleh ke?

dulu, kalau ada member KISAS ke, SMAP ke yang pelik pelik, mesti keluar ayat,

"alaaa biasa la, budak skolah agama, tertutup"

ayat ni ayat biasa semua orang guna. mungkin korang tidak, sebab majoriti sekolah agama, tapi kalau tanya budak yang tak sekolah agama, hah , ayat ni norma percakapan orang .

dulu, rasa enggan, rasa malas nak terima kenyataan yang environment "biah islamiah " ni akan mula meresap dalam diri.

TAPI, walaupun masa sekejap di INTEC, kami cuba memahami, kami cuma mengikuti dan akhirnya kami suka dan boleh menyesuaikan diri.

aku ingat lagi, ada sorang lecturer INTEC cakap.

"hah, ni la masalah MEP (middle east program), jumud! naive tak mahu langsung nak flexible kan diri."

kenapa dia cakap macam tu? sebab dye tak paham, dye tak tahu bagaimana pemikiran budak-budak tu. takda la semua benda tu jumud. ada kebaikannya ada kelebihannya, dan kita akan tahu kalau kita cuba nak memahami diorg dan tak buat spekulasi.

aku terus diri dan balas,

"sir, niat bukan nak kurang hajar. tapi sebelum sir cakap apa-apa, sir kena kenal dulu dengan diorang, sir ingat mudah bagi saya nak memahami? susah! tapi lepas kenal saya cinta, kerana mereka tu setiap masing-masing ada kelebihannya.

dah lepas tu aku plak kena label mulut puaka.

jadi macam mana? kita tak suka orang buat stereotype kat kita, jadi kita jangan bagi stereotype kat orang lain.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA" ada sebab kenapa orang tua-tua bagi peribahasa.

aku cadangkan tolak tepi tanggapan negatif, beri peluang kepada batch kami.
cara pemikiran masing-masing berbeza, kalau agak-agak terbabas dari landasan, tarik kami nasihat, beri resolusi.
beri peluang kepada batch kami untuk tunjukkan kreadibiliti, tak semestinya perangai kurang elok, tak boleh nak bawak pucuk pimpinan. kita perlukan transisi, untuk belajar memahami .

ini baru sikit macam ni, macam mana korang nak hadapi tahun2 akan mendatang yang aku pasti, ada lagi orang seperti kami. mesti pada akhirnya korang pasti perlukan pertolongan dan pandangan dari mereka-mereka yang berpengalaman.

aku pelik, despite kata-kata keburukan kami,
last-last nak buat program pon , mesti ada panggil diantara kumpulan kami.

serious budak-budak ni ok je, cuma korang belajar memahami.
aku sangat terharu, dengan sesetengah peribadi mereka.

waktu maarad, smpai 2 malam tak tido hanya nak tolong dan memastikan maarad thaqafi tahun nie berjaya. ada yang tlg buat prop, ada yang tolong bakar satay, ada yang tolong buat kuah kacang, ada yang tolong pikirkan persembahan.

itu pun waktu program ada orang cakap,

"pekatnye! macam ni kuah kacang?!" tak kecik hati ke orang yang buat malam tu beria-ia.

itu baru contoh satu program, yang lain?

mungkin secara direct korang taknampak bantuan orang, tapi dari blakang tabir sapa yang tahu..

ye la, kalau movie pon, kameraman tak dapat kredit mana, pelakon yang stakat hapal script je yang masuk muka depan akhbar.

aku yakin kalau beri peluang juga, budak-budak ni mampu buat yang terbaik, hanya kengkangan dan stereotype sahaja yang buat orang takde hati nak menolong.
setahu aku, dari kalian lah aku belajar nak ber hussnuzon, tapi kenapa nasihat yang korang beri, korang tak buat?

ntahlah, mungkin biasa la tu , norma kehidupan. macam-macam orang nak cakap.

tapi aku merayu sangat. sangat sangat merayu.

1.Cuba untuk kenal kami.
2.Letakkan diri pada keadaan kami.
3.Bersangka baiklah dengan kami.
4.Beri peluang pada kami.

itu sahaja, nanti cakap lebih, orang terasa.

We don't try to be candy coated. We don't try to walk on eggshells. We are what We are. Love us or hate us, its your choice.

again i quote:

"ada 1001 cara nak bersangka baik , kita kena pilih 1 je"


wallahualam.

Thursday, April 14, 2011

~nak grad sama-sama kan?~


POST NI KHAS UNTUK BATCH JUST 09.
___________________________________________________________________

aku ingat lagi setahun yang lepas,
nak tekan butang log in kat student akaun JUST,
aku rasa tak sedap hati.
sangat tak sedap hati.

rupanya betol ,

aku fail,

chem 101.

bayangkan fail chem 101, the first ever malaysian student untuk fail chem 101. dah la first ever, dalam satu batch tu aku sorang je yang fail.
serious mental, tak tau nak cakap apa. bodoh sangat ke? muaddal dah 70 lebih, CHEM BOLEH FAIL. bangangnye aku rasa aku ni.

buat seketika aku putus asa. aku dah taknak teruskan. rasa tak layak nak amik course ni.
tapi takpe, tu cerita lama. skarang aku cuba perbaiki diri.
_________________________________________________________________

hah, macam mana dengan korang? aku dengar ramai yang fail system RS.
ada yang down, ada yang emo , ada yang menyesal.

memandangkan aku ni pernah berada kat tempat korang , aku rasa secara tak langsung aku ada satu tanggungjawab untuk bercerita. mungkin aku tak layak nak cerita cara nak study ape semua, tapi insyallah aku rasa aku tahu cara nak menghadapi.

bagi aku diwaktu kita down ni tak ada orang yang lebih penting dari kawan.

ye kawan.

bukan kawan yang stakat nak huha huha time happy, bukan kawan yang stakat nak kluar blanja makan , bukan kawan yang stakat nak enjoy dekat arabella mall.

tapi kawan yang boleh duduk, dengar masalah, kawan yang duduk boleh menasihati. kawan yang aku panggil kawan yang sejati.

bukan susah,
masing-masing ada tanggungjawab.

yang fail kena tolak tepi perasaan malu, kena kuat, kena rajin minta nasihat.
yang lepas, jangan sronok lepas sorang-sorang, kita bantu kawan kita.

bantu ni ada macam-macam cara, dari pergi tolong mengajar, mahupun sekadar senyum memberi semangat.

kita senyum sikit dekat kawan kita, bagi semangat, dah cukup menenangkan hati kawan-kawan.

lumrah manusia ,
biasanya kalau nak gagal , nak beramai-ramai.
tapi bila kita berjaya , kita nak sorang-sorang. taknak ada orang lebih dari kita.
tipu lah kalau korang kata dalam hati korang takde langsung perasaan ni.

alhamdulillah aku beruntung, aku ada kawan-kawan yang cukup memberi sokongan . aku tak dilupai. alhamdulillah.

tanpa kawan-kawan kita ni, aku rasa skarang nie aku tengah buat a-levels nak pegi ke UK buat law.

aku dapat simpulkan 4 perkara utama bagi mereka yang berjaya untuk menghadapi rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
1. sensitivity.
2.teguran.
3.amik peduli.
4.hubungan secara menyeluruh (syabab akhwat)


1 . SENSITIVITY.


isu sensitivity sbenarnya sangat meluas. tapi yang menjadi tunjang utama adalah, bagaimana kita nak jaga hati rakan-rakan yang dah ketinggalan, mahupun gagal satu mata pelajaran.

bagi yang lepas:
bila kita duduk dalam group tu, setiap perkataan yang keluar tu kena jaga. kadang-kadang terlepas cakap, kawan boleh terasa hati.

contoh: dah tau member tu tak carving gigi lagi, yang kau dok sembang pasal carving dengan dye kenapa?

hah. kita letak diri kita dalam keadaan dye. agak-agak kalau kita berada kat tempat dye , kita sakit hati tak? kita baru lepas pmr, dye pegi sembang pasal addmath ngan kita.tak terasa ke kawan tu?

tak lupa , time kita dapat markah,
markah tu lepas, walaupun tak tinggi tapi lepas la. tapi tu diiaaaaaa zuhud bukan main.
bukan niat nak kata suruh riak, tapi kita pikir.

"aku lepas dapat 30 je weyh, macam celaka, rasa bodoh plak"

kepala ! habis yang fail ni macam mane? lagi bodoh la?
senang je nak atasi.

B.E.R.S.Y.U.K.U.R dan usaha lebih next time. tapi jangan la nak hyperbola sangat.

lagi satu jangan underestimate kawan-kawan.
bila ada je kawan-kawan yang tercicir, kita pandang rendah.

"alah, kalau dye lepas, takkan aku tak lepas?"

sakit hati kawan kalau dengar.

bagi diorang semangat. jangan perlekehkan. mungkin juga hasil kegagalan, dya berjaya dapat lagi baik dari kita.

bagi yang tercicir:
dah aku cakap camni, jangan la plak nak terasa lebih kalau kawan-kawan terlepas cakap. kita kena neutral dan redha. mungkin juga niat diorg bukan macam tu. bersangka baik , itu sudah cukup dan tidak lupa BERSYUKUR yang kita diberi peluang kedua.

kira baik la tu diorng masih nak bersembang ngan kita, masih nak bermesra dengan kita . tak ke gitu?

2.TEGURAN



point ni aku rasa sangat penting. sebab ramai antara kita lupa nak tegur member. masing-masing dah besar katanya.

bagi yang lepas:

budaya tegur menegur, nasihat menasihati ni aku rasa penting. ingatkan rakan-rakan kita. kalau nampak mereka hanyut tegur. nampak mereka dah lalai tu, nasihat.

kita amik iktibar kawan kita yang dah balik.
takpayah sebut nama, semua dah tau.

bila budak tu balik semua mengata itu ini. dok tunjuk buruk budak tu. tapi yang kita tu ada buat apa-apa tak nak tolong dye? asik orang yang sama je yang dok buat. kita? ada pegi nasihat dye? ada pegi tegur dia? secara tak langsung benda ni jadi tanggungjawab bersama. jadi jalankan tanggungjawab kita.

tapi ingat tegur harus kena dengan peribadi yang nak ditegur. jangan smpai termakan hati.

bagi yang tercicir:

bila orang tegur, kita kena blajar untuk menerima. belajar untuk mengaku kesalahan diri. jangan letak ego tinggi tinggi, jangan nak letak diri kat atas sekali. kawan-kawan nak tolong kita benarkan. kita jangan sesekali nak tarik muka.

apa yang kawan tegur tu slalunya untuk kebaikan . bukan nak menjatuhkan. kalau bukan mereka siapa lagi?

batch lain belum tentu sanggup nak nasihat. jadi bersyukur ada kawan yang boleh menasihati.

3. AMBIL BERAT.



point ni boleh dikatakan merangkumi aspek diatas, tapi tak ketinggalan pentingnya juga.

bagi yang lepas:

kita lepas takpa, tapi jangan sesekali lupa yang kurang nasib baik tu. cuba memahami, cuba tolong diorg.

ni tidak, kawan yang fail pon tak tau sapa.

yela, exam masing-masing, buat apa nak tau kan?

tapi kita lupa, kawan-kawan kita ni perlukan kita. amik masa skejap duduk sembang ngan diorg. tanya maslah, cuba tolong. TUNJUK YANG KITA AMIK BERAT. itu pon dah cukup melegakan hati kawan-kawan. ini orang lain kena , kalau kita yang kena macam mane?

bagi yang tercicir:
macam mana orang nak amik berat kalau kita tak benarkan?
macam mana orang nak tolong kalau kita taknak tolong diri sendiri?

dua ayat yang aku harap mudah difahami.

kerana walau bagaimanapun orang amik berat, orang tolong, tapi kalau kita tak tolong diri sendiri memang tak kemana .



4.HUBUNGAN SECARA GENERAL (SYABAB AKHWAT)


nampak point ni, aku tau ramai dah mula cakap macam-macam.

"nak ikhtilat la tu"

bukan niat nak galakkan ikhtilat. serious tak terlintas langsung.

aku bukan apa. sampai sekarang aku masih tak paham apa ikhtilat yang secara betulnya. adakah kalau kita tolong kawan dalam pelajaran, adakah kita amik berat tentang kawan yang kurang bernasib baik, adakah kalau kita nasihat kawan kita itu semua kira menggalakkan ikhtilat?

aku minta maaf, kat sini aku nak tegur straight terus.

bagi aku akhwat batch aku yang dentist sangat sangat sangat aku respek.

nak kata diorg tak jaga ikthilat, jaga. tapi takdela orang kata sampai tak berkomunikasi dengan kitorang.

aku rasa batch akhwat dentist sangat memberi impak dalam diri aku juga. nasihat yang aku dapat , kata-kata semangat yang diorg bagi. diorg secara tak langsung memberi satu dorongan untuk aku untuk tidak menghampakan diorang.

bagi aku, hubungan syabab akhwat ni tidak kurang pentingnya untuk membantu kawan-kawan kita terus bersemangat.

kadangkala nasihat mereka lain dari nasihat syabab, kadang kala rasa segan dengan mereka tu sendiri lebih membakar semangat kita.

aku minta maaf kalau terasa ,
tapi aku lihat benda ni kurang dengan akhwat medic. bukan semua, harap paham. ada yang ambil berat, tapi kita lihat secara majoritinya.

mungkin tiba masa untuk kita ganti menekankan kengkangan rigid menjaga ikthilat dengan menekankan cara menjaga ikhtilat yang betul. kerana secara jujurnya aku tak rasa dengan menjauhkan diri antara satu sama lain dalam SEMUA aspek itu perlu.

"tertutup jangan terlalu jumud, terbuka jangan sampai hanyut."

wallahualam.
maaf kalau salah, tapi ini hanya pandangan dari aku.

________________________________________________________________


aku harap , sedikit sebanyak aku dapat kongsi macam mana rasa seseorang yang dah tercicir dari batch sendiri , bagaimana kita nak approach dan bagaimana kita nak terima.

kalau aku ada buat salah sila tegur. kalau nampak aku hanyut sila tambat aku pada tali persahabatan yang aku sangat hargai .

kesempatan ni juga aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi dorongan kepada diri ini untuk terus mengharungi tahun tahun yang akan mendatang.


credits to my PINTAR group for the eye opener,
abang imran,
asmi
bird,
qon,
luqi,
ozzy,
nuor.


ps: ahad ni head and neck anatomy, goodluck to all and please do pray for us.