Thursday, April 14, 2011

~nak grad sama-sama kan?~


POST NI KHAS UNTUK BATCH JUST 09.
___________________________________________________________________

aku ingat lagi setahun yang lepas,
nak tekan butang log in kat student akaun JUST,
aku rasa tak sedap hati.
sangat tak sedap hati.

rupanya betol ,

aku fail,

chem 101.

bayangkan fail chem 101, the first ever malaysian student untuk fail chem 101. dah la first ever, dalam satu batch tu aku sorang je yang fail.
serious mental, tak tau nak cakap apa. bodoh sangat ke? muaddal dah 70 lebih, CHEM BOLEH FAIL. bangangnye aku rasa aku ni.

buat seketika aku putus asa. aku dah taknak teruskan. rasa tak layak nak amik course ni.
tapi takpe, tu cerita lama. skarang aku cuba perbaiki diri.
_________________________________________________________________

hah, macam mana dengan korang? aku dengar ramai yang fail system RS.
ada yang down, ada yang emo , ada yang menyesal.

memandangkan aku ni pernah berada kat tempat korang , aku rasa secara tak langsung aku ada satu tanggungjawab untuk bercerita. mungkin aku tak layak nak cerita cara nak study ape semua, tapi insyallah aku rasa aku tahu cara nak menghadapi.

bagi aku diwaktu kita down ni tak ada orang yang lebih penting dari kawan.

ye kawan.

bukan kawan yang stakat nak huha huha time happy, bukan kawan yang stakat nak kluar blanja makan , bukan kawan yang stakat nak enjoy dekat arabella mall.

tapi kawan yang boleh duduk, dengar masalah, kawan yang duduk boleh menasihati. kawan yang aku panggil kawan yang sejati.

bukan susah,
masing-masing ada tanggungjawab.

yang fail kena tolak tepi perasaan malu, kena kuat, kena rajin minta nasihat.
yang lepas, jangan sronok lepas sorang-sorang, kita bantu kawan kita.

bantu ni ada macam-macam cara, dari pergi tolong mengajar, mahupun sekadar senyum memberi semangat.

kita senyum sikit dekat kawan kita, bagi semangat, dah cukup menenangkan hati kawan-kawan.

lumrah manusia ,
biasanya kalau nak gagal , nak beramai-ramai.
tapi bila kita berjaya , kita nak sorang-sorang. taknak ada orang lebih dari kita.
tipu lah kalau korang kata dalam hati korang takde langsung perasaan ni.

alhamdulillah aku beruntung, aku ada kawan-kawan yang cukup memberi sokongan . aku tak dilupai. alhamdulillah.

tanpa kawan-kawan kita ni, aku rasa skarang nie aku tengah buat a-levels nak pegi ke UK buat law.

aku dapat simpulkan 4 perkara utama bagi mereka yang berjaya untuk menghadapi rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
1. sensitivity.
2.teguran.
3.amik peduli.
4.hubungan secara menyeluruh (syabab akhwat)


1 . SENSITIVITY.


isu sensitivity sbenarnya sangat meluas. tapi yang menjadi tunjang utama adalah, bagaimana kita nak jaga hati rakan-rakan yang dah ketinggalan, mahupun gagal satu mata pelajaran.

bagi yang lepas:
bila kita duduk dalam group tu, setiap perkataan yang keluar tu kena jaga. kadang-kadang terlepas cakap, kawan boleh terasa hati.

contoh: dah tau member tu tak carving gigi lagi, yang kau dok sembang pasal carving dengan dye kenapa?

hah. kita letak diri kita dalam keadaan dye. agak-agak kalau kita berada kat tempat dye , kita sakit hati tak? kita baru lepas pmr, dye pegi sembang pasal addmath ngan kita.tak terasa ke kawan tu?

tak lupa , time kita dapat markah,
markah tu lepas, walaupun tak tinggi tapi lepas la. tapi tu diiaaaaaa zuhud bukan main.
bukan niat nak kata suruh riak, tapi kita pikir.

"aku lepas dapat 30 je weyh, macam celaka, rasa bodoh plak"

kepala ! habis yang fail ni macam mane? lagi bodoh la?
senang je nak atasi.

B.E.R.S.Y.U.K.U.R dan usaha lebih next time. tapi jangan la nak hyperbola sangat.

lagi satu jangan underestimate kawan-kawan.
bila ada je kawan-kawan yang tercicir, kita pandang rendah.

"alah, kalau dye lepas, takkan aku tak lepas?"

sakit hati kawan kalau dengar.

bagi diorang semangat. jangan perlekehkan. mungkin juga hasil kegagalan, dya berjaya dapat lagi baik dari kita.

bagi yang tercicir:
dah aku cakap camni, jangan la plak nak terasa lebih kalau kawan-kawan terlepas cakap. kita kena neutral dan redha. mungkin juga niat diorg bukan macam tu. bersangka baik , itu sudah cukup dan tidak lupa BERSYUKUR yang kita diberi peluang kedua.

kira baik la tu diorng masih nak bersembang ngan kita, masih nak bermesra dengan kita . tak ke gitu?

2.TEGURAN



point ni aku rasa sangat penting. sebab ramai antara kita lupa nak tegur member. masing-masing dah besar katanya.

bagi yang lepas:

budaya tegur menegur, nasihat menasihati ni aku rasa penting. ingatkan rakan-rakan kita. kalau nampak mereka hanyut tegur. nampak mereka dah lalai tu, nasihat.

kita amik iktibar kawan kita yang dah balik.
takpayah sebut nama, semua dah tau.

bila budak tu balik semua mengata itu ini. dok tunjuk buruk budak tu. tapi yang kita tu ada buat apa-apa tak nak tolong dye? asik orang yang sama je yang dok buat. kita? ada pegi nasihat dye? ada pegi tegur dia? secara tak langsung benda ni jadi tanggungjawab bersama. jadi jalankan tanggungjawab kita.

tapi ingat tegur harus kena dengan peribadi yang nak ditegur. jangan smpai termakan hati.

bagi yang tercicir:

bila orang tegur, kita kena blajar untuk menerima. belajar untuk mengaku kesalahan diri. jangan letak ego tinggi tinggi, jangan nak letak diri kat atas sekali. kawan-kawan nak tolong kita benarkan. kita jangan sesekali nak tarik muka.

apa yang kawan tegur tu slalunya untuk kebaikan . bukan nak menjatuhkan. kalau bukan mereka siapa lagi?

batch lain belum tentu sanggup nak nasihat. jadi bersyukur ada kawan yang boleh menasihati.

3. AMBIL BERAT.



point ni boleh dikatakan merangkumi aspek diatas, tapi tak ketinggalan pentingnya juga.

bagi yang lepas:

kita lepas takpa, tapi jangan sesekali lupa yang kurang nasib baik tu. cuba memahami, cuba tolong diorg.

ni tidak, kawan yang fail pon tak tau sapa.

yela, exam masing-masing, buat apa nak tau kan?

tapi kita lupa, kawan-kawan kita ni perlukan kita. amik masa skejap duduk sembang ngan diorg. tanya maslah, cuba tolong. TUNJUK YANG KITA AMIK BERAT. itu pon dah cukup melegakan hati kawan-kawan. ini orang lain kena , kalau kita yang kena macam mane?

bagi yang tercicir:
macam mana orang nak amik berat kalau kita tak benarkan?
macam mana orang nak tolong kalau kita taknak tolong diri sendiri?

dua ayat yang aku harap mudah difahami.

kerana walau bagaimanapun orang amik berat, orang tolong, tapi kalau kita tak tolong diri sendiri memang tak kemana .



4.HUBUNGAN SECARA GENERAL (SYABAB AKHWAT)


nampak point ni, aku tau ramai dah mula cakap macam-macam.

"nak ikhtilat la tu"

bukan niat nak galakkan ikhtilat. serious tak terlintas langsung.

aku bukan apa. sampai sekarang aku masih tak paham apa ikhtilat yang secara betulnya. adakah kalau kita tolong kawan dalam pelajaran, adakah kita amik berat tentang kawan yang kurang bernasib baik, adakah kalau kita nasihat kawan kita itu semua kira menggalakkan ikhtilat?

aku minta maaf, kat sini aku nak tegur straight terus.

bagi aku akhwat batch aku yang dentist sangat sangat sangat aku respek.

nak kata diorg tak jaga ikthilat, jaga. tapi takdela orang kata sampai tak berkomunikasi dengan kitorang.

aku rasa batch akhwat dentist sangat memberi impak dalam diri aku juga. nasihat yang aku dapat , kata-kata semangat yang diorg bagi. diorg secara tak langsung memberi satu dorongan untuk aku untuk tidak menghampakan diorang.

bagi aku, hubungan syabab akhwat ni tidak kurang pentingnya untuk membantu kawan-kawan kita terus bersemangat.

kadangkala nasihat mereka lain dari nasihat syabab, kadang kala rasa segan dengan mereka tu sendiri lebih membakar semangat kita.

aku minta maaf kalau terasa ,
tapi aku lihat benda ni kurang dengan akhwat medic. bukan semua, harap paham. ada yang ambil berat, tapi kita lihat secara majoritinya.

mungkin tiba masa untuk kita ganti menekankan kengkangan rigid menjaga ikthilat dengan menekankan cara menjaga ikhtilat yang betul. kerana secara jujurnya aku tak rasa dengan menjauhkan diri antara satu sama lain dalam SEMUA aspek itu perlu.

"tertutup jangan terlalu jumud, terbuka jangan sampai hanyut."

wallahualam.
maaf kalau salah, tapi ini hanya pandangan dari aku.

________________________________________________________________


aku harap , sedikit sebanyak aku dapat kongsi macam mana rasa seseorang yang dah tercicir dari batch sendiri , bagaimana kita nak approach dan bagaimana kita nak terima.

kalau aku ada buat salah sila tegur. kalau nampak aku hanyut sila tambat aku pada tali persahabatan yang aku sangat hargai .

kesempatan ni juga aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi dorongan kepada diri ini untuk terus mengharungi tahun tahun yang akan mendatang.


credits to my PINTAR group for the eye opener,
abang imran,
asmi
bird,
qon,
luqi,
ozzy,
nuor.


ps: ahad ni head and neck anatomy, goodluck to all and please do pray for us.

18 comments:

~ rasyidahkamaruzaman~ said...

teringat quote mahdi,be the best,help the rest ^^

zafran haikal said...

cayoooookk ulyaaa!aku sayang kauuuuu.ada orang memahami akuu seyyyy :)))

Anonymous said...

abang imran dah balik nanti taktau la macam mana.

T.T

dia selalu cakap

batch kita bagus, rapat antara satu sama lain. tapi untuk apa?

kalau dah 2 tahun rapat, rapat untuk apa? still untuk sekadar enjoy2 jeee?

wallahu alam.

sama-samalah kita bergerak ke arah Nya.

ahmad nazreiy said...

ulya..mntak share bole?

btw, aku suke gaban ah poin no 1 uh.

btol, susah nk cari kwn yg btol-btol-btol nk tlong org n x sebar2 ke-noob-an kte kt org len. lg2 mrkah exam. haha.

selamat ulya.

Cidak said...

aku nak dapatkan masa kaunseling dengan ulya ar pasnih..

NuR mUsLimAh said...

bkn bdk2 medic je yang tengah alami keadaan ni..this is wat i'm going through rite now...thanx ulya..such a good advice n suggestion..

Anonymous said...

masyaAllah.likeeeeeee:) may Allah bless u ulya!

*thanx tegur kami budak medik.kita betulkan apa yang tak betul ea :))

Anonymous said...

yes, ini dia post yang di tunggu2 :D nice one ulya!

W M Najib said...

ni yang buat saya nak vote awak 100000 kali ni.

nice one.


:D

Akhyar said...

like

=)

Anonymous said...

aku rase post ini tulus ikhlas dari hati.ceewah~ tahniah. tak ramai berani nak tulis terus terang camni :)

Anonymous said...

i can see u loves ur batch much much much more~!

Anonymous said...

subhanaAllah, kami rasakan kami berada di zon selesa, kami rasakan kami boleh berdiri dgn sendirinya, kami rasakan org lain tidak perlukan kami, malangnya semua itu salah..
~kami cuba, beri kami peluang, masa dan cara~

Op uLyA said...

rasyidah: betol quote tu sangat bermakna.

zafran: ;D

anon 1: betol tu, kawan bukan stakat nak enjoy je...

nazri: terimakasih. silakan.

syai: ;) sama -sama kita nasihat menasihati lah..:)

anon 2 : terimakasih sebab memahami dan menerima dengan baik.;) harap jangan terasa sangat ye.

anon 3: terimakasih.:)

najib & k.e: ;D najib jangan nak ngelat sangat.anyway thanx.

anon 4: :D

anon 5: i do. i cherish them very much..:)

anon 6: ;) thanx for the response

everjihad said...

salam..
random blog walking..

suke quote ni..

"tertutup jangan terlalu jumud, terbuka jangan sampai hanyut."

nak pinjam!

teruskan post penuh berisi!

dari akhowat toronto

Z said...

Sebab aku malas nak mintak tolong orang pandai, sebab point nombor satu tu ah.

Aku yang cukup2 makan, nyawa2 ikan serius rasa tersinggung, terkilan, down gile bila ada member cakap:

"Rendah je, markah aku, 25/26/20 je weh"

Kepala hotak jambul! Aku yang dapat 15 kebawah gila pengsan kat situ.

Btw, tq. Post ko menyedarkan aku.

Aku dah jumpa orang yang dapat bantu aku. Alhamdulillah.

~..amirza..~ said...

terima kasih atas nasihat yg berguna ulya...natikn kita grad n taulah sme2 k...:)rindu kamu la...hehe...<3 <3

Op uLyA said...

everjihad: syukran ya ukhti, goodluck in toronto. ;)

z: true, but it does not negate the fact that we too have to try to help ourself and always look into things positively.

mirul: sama-sama .. rindu sangat ngan kau mirul